Thursday, December 20, 2012

DUA KALI CINTA, 12

BAB 12


"Sebelah awak tu kosongkan?," Soal Intan Elina apabila melihat kerusi kosong di sebelah Safwan. Sebaik sahaja mendengar pertanyaan wanita itu Safwan terus menggeleng.

Walaupun hakikatnya kerusi tersebut telah direseve untuk Sarah namun lidahnya kelu selepas mendengar suara manja Intan Elina. Senyuman manis terus dihadiahkan kepada Intan Elina selepas wanita itu melabuhkan punggung di kerusi tersebut.

Sarah yang termengah-mengah terus menarik kerusi kosong yang ada tanpa bertanya apa-apa. Matanya meninjau sekeliling. Firul yang dari tadi memerhati menghulurkan tisu kepadanya.

Sarah terus mengambil tanpa berkata apa-apa. Peluh yang memercik di dahi dilap rakus. Akibatnya ada sisa-sisa tisu melekat di wajah gebu wanita itu.

Dia hanya membiarkan sahaja tangan sasa Safwan yang berada di sebelahnya membuang sisa tisu berkenaan tanpa sedikitpun dia berpaling.

"Awak ni kenapa? Macam kena kejar dengan hantu je," tegur Safwan. Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, baru dia perasan yang disebelahnya adalah Firul dan bukannya Safwan seperti jangkaannya.

Dia terus mengangkat tangan dan buat tanda peace sambil tayang muka paling ayu. Alah nak cover malu sebenarnya.

"Takut dengan anjinglah tu," Miza menyampuk tanpa sempat Sarah bersuara. Safwan sudah ketawa terbahak-bahak.

"Tak baik tahu gelakkan saya. Awak bukan nak tunggu saya pun. Bukan tak nampak saya paking tadi. Menonong je jalan tak toleh kiri kanan," tiba-tiba Safwan rasa bersalah.

Sejujurnya, dia tidak perasan akan kehadiran Sarah apatah lagi dia ingin cepat kerana Anuar sudah menelefonnya berkali-kali dan bertanya lokasi dia berada sekarang.

Lemas dengan pertanyaan Anuar itu membuatkan dia menonong sahaja berjalan dan tidak menghiraukan kereta yang lalu lalang di situ.

"Sorrylah awak. Saya tak sengaja, balik nanti saya temankan awak ya?" pujuk Safwan bersungguh-sungguh. Sarah tidak menjawab pertanyaan namun hanya mempamerkan riak wajah dengan kegembiraan.

Tidak perlu lama menunggu, seorang pelayan datang membawa beberapa keping menu ke meja mereka.

Tidak ramai yang menyertai sesi makan-makan tersebut kerana hari sudah lewat dan masing-masing ada perkara lain yang perlu diuruskan.

"Dik, bagi akak nasi goreng cili padi dengan tembikai laici ya,"Sarah terus memesan tanpa melihat menu. Namun belum budak pelayan itu habis menulis, Safwan sudah menyampuk.

"Jangan nak mengada-ngada. Awak makan nasi goreng cina dengan telur mata sahaja cukup. Nasi goreng yang awak pesan tu pedas. Perut awak tu bukannya tahan nanti sakit susah,".

"Alah awak, perut saya dah sihatlah, dah tak sakit pun. Saya teringin sangat nak makan nasi goreng tu," rayu Sarah memohon simpati Safwan.

"Sarah, cuba dengar cakap Wan tu, jangan degil boleh tak. Kami ni tak nak kau sakit je," sampuk Azrin pula. Tiba-tiba dia teringat kejadian Sarah yang hampir rebah dek menahan sakit perut akibat gastrik.

Sarah terus diam. Tidak berkata apa-apa. Dia hanya membuang pandangannya ke sisi jalan tanpa sedikitpun campur tangan dalam urusan memesan makanan. Itu tanda protes namanya.

Hatinya terus berlagu pilu. Nak makan nasi goreng cili padi, tak nak nasi goreng cina!!!.

Makanan yang dipesan semua orang sampai dalam tempoh 30 minit. Seisi meja senyap sunyi menikmati makanan. Sesekali terdengar suara Safwan ketawa bersama Intan.

Sesekali juga terdengar suara Azrin marahkan Mirul sebab cilok udang dalam mee tomyam yang dipesannya.

Si Sarah, sekadar memandang nasinya dengan pandangan kosong dan menyuap ke mulut tanpa ada rasa ingin menghabiskannya. Safwan yang memerhati dari ekor mata buat-buat tidak nampak reaksi Sarah.

Bukan dia tidak kesiankan sahabatnya itu, namun melihat Sarah menahan sakit dahulu cukup membuatkan hatinya berdetak laju. Risau sungguh dia kala itu.

Firul yang sejak tadi menjadi pemerhati terus menyudu nasi goreng cili padi yang dipesannya ke pinggan Sarah. Sarah terkesima sebentar begitu juga Safwan dan Intan Elina.

"Makanlah, memang tak boleh kenyang tapi cukup untuk buat rasa bagi hilang kempunan. Takdalah malam ni mengigau teringatkan nasi goreng cili padi ni," ucap Firul lembut.

Terus pandangan Sarah jatuh pada wajah Firul. Garisan senyuman yang terpamer di bibir lelaki bermata sepet itu cukup menggoda jiwa wanitanya.

Alahai, Encik Firul, tolong jangan senyum macam tu lagi. Nanti malam ni saya tak mimpikan nasi goreng cili padi ni tapi mimpikan Encik Firul pula.

"Terima kasih encik, kamsahamnida," laju sahaja ucapan terima kasih dalam bahasa Korea itu meluncur di bibirnya. Dia terus menikmati nasi goreng yang diidamkan dengan penuh nikmat. Sambil tersenyum-senyum pulak tu.

"Jangan nak suka sangat ya Cik Sarah. Dia ni nampak je sihat walafiat tapi macam-macam penyakit ada dalam badan dia. Gastriklah, kalau kena hujan je terus sakit kepala, cepat demam dan selsema. Alahan macam-macam budak ni," terang Safwan.

Azrin terus menyampuk sambil ketawa. "Takut anjinglah dan yang terbaru takut gelap. Yang takut gelap tu saya rasa Encik Firul tahukan,". Firul hanya ketawa sambil menganguk.

"Agak-agaklah nak mengata aku pun. Kita baru je kenal dengan Encil Firul dan Cik Intan ni, simpanlah sikit untuk sesi akan datang," ucap Sarah memandang Azrin. Nasib kau jauh kawan, kalau dekat tadi ada yang kena sepit ni.

"Untung you Sarah. Semua orang sayang you. Encik Firul ni pun macam dah jatuh sayang pada you," ucap Intan sambil menjeling Firul. Sarah terus mengehentikan kunyahan. Mata Intan dipandang dalam.

"Eh takdalah Cik Intan. Semua ni sayang ada makna tu. Bukan saya tak kenal perangai mereka. Rahsia setiap seorang semua dalam tangan saya saja," kata Sarah sambil melempar senyuman ke arah Intan yang dari tadi tidak berkelip memandang Sarah.

Pandangan mereka berpadu. Seperti ada rasa yang kurang enak terbit di hati Sarah waktu itu. Jelingan Intan itu seakan memberi amaran supaya dia berjaga-jaga.

Ishk, tak baiknya aku. Baru je jumpa terus buat kesimpulan. Wahai hati jangan begini ya. Kita kawan-kawan dulu.

"Eh Cik Intan tinggal kat mana?" tegur Safwan selepas melihat ada aura tegang antara kedua-dua wanita tersebut. Bagi mengalihkan perhatian mereka, Safwan terus sahaja mencelah.

"Oh, saya tinggal kat Taman Aman. Dekat saja dari sini," ucapnya lambat. Terus dia berpaling ke arah Safwan yang sedang menikmati bihun gorengnya.

"La, satu laluanlah kita. Saya memang lalu depan taman tu nak balik rumah. Rumah saya Taman Damai. Bolehlah kalau bosan, saya ajak Cik Intan lepak dengan saya," tutur Safwan teruja.

"Eh boleh saja. Just give me a call. Kalau takda apa-apa hal, saya boleh joint. By the way, janganlah bercik-cik dengan saya. Just call me Intan. Lagi mesra," katanya manja sambil meletakkan tangannya di bahu Safwan.

Waduh, manja bangat ini cewek. Safwan terus melebarkan senyuman memandang Sarah. Sengaja mencari titik cemburu di wajah wanita itu. Namun hampa apabila dia boleh main suap-suap dengan Miza pula.

"Kalau macam tu, balik nanti i tumpang you boleh sebab i datang tadi tumpang Firul" alahai bertambah manja pula si Intan ni. Safwan hampir tersedak. Dia memandang Firul yang hanya tunduk memandang makanan.

"Kalau Intan tak kisah naik kereta buruk saya, apa salahnya. Lagipun satu jalankan," Safwan memandang wajah Sarah lagi. Kali ini wanita itu angkat kening sebelah. Cemburulah tu!.

"You, I balik dengan Safwan ya. You tak kisahkan?" cakap je tak boleh ke? Takyahlah nak pegang tangan pula. Eh, Sarah ni, yang jaki sangat dengan Intan tu kenapa.

Firul hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Sarah mengerling Firul dengan ekor mata. Lelaki itu agak berlainan hari ini. Seperti tidak bermaya dan tidak berminat langsung untuk bersama mereka.

Ringan sahaja mulutnya untuk bertanya, namun rasa malu yang menebal dalam diri membuatkan dia hanya tegar menjadi pemerhati.

Kan bagus kalau boleh cakap macam ni dengan Firul, 'kalau awak ada masalah, ceritalah dengan saya. Saya pasti tolong awak sebab awak dah banyak kali tolong saya'. Parah budak Sarah ni.

Setelah lebih sejam mereka bersembang dan bergelak ketawa, masing-masing mengucapkan selamat untuk pulang ke 'sarang' masing-masing. Itupun selepas Sarah dan Miza bagi isyarat menguap beberapa kali tanda sudah mengantuk.

Kalau ikutkan kepala Anuar dengan Azrin, sampai Subuhlah mereka berkampung di kedai makan tersebut. Nak tengok bolalah, nak tengok gustilah. Macam-macam alasan diberi.

Sewaktu Sarah ingin bangun menyamakan rentak dengan Safwan, Anuar memanggilnya. Tidak mahu membiarkan Safwan dan Intan menunggu lama, dia menyuruh mereka pulang dahulu. Itupun selepas berjanji akan menghubungi Safwan apabila sampai di rumah nanti.

"Eh, nanti kau jadi bendahari ya. Kau kutip semua duit dan buat senarai nama bagi pada aku," kata Anuar terus menghulurkan sampul berisi surat jemputan dan aturcara majlis.

"Alah, kalau benda macam ni esok pun boleh cakap. Dah orang tak boleh balik dengan Wan," bentak Sarah tidak puas hati. Penyudahnya dia perlu berjalan seorang diri ke tempat paking kereta kerana Safwan telahpun balik.

"Kau tahukan aku ni short term memory. Nanti aku lupa. Tolong ya sayang," katanya sebelum meninggalkan Sarah. Sarah terus merungut tidak puas hati.

Keadaan sedikit sunyi memandangkan jam sudah menghampiri pukul 1 pagi. Hanya beberapa meja sahaja yang ada pelanggan. Sarah mengeluh lagi. Jauhnyalah tempat paking kereta tu. dahlah gelap.

"Saya temakankan awak," Sarah menjerit pendek. Terus dia mengurut dada tanda terkejut. Dia kemudian menoleh ke belakang, debar di dadanya terus surut selepas melihat susuk tubuh Firul menghampirinya.

"Encik Firul ni jangan buat macam ni lagi. Terkejut saya. Nasib tak terkeluar jantung saya, kalau tak jenuh nak kutip," canda Sarah menghilangkan resahnya.

"Awak yang jalan tak tengok belakang. Menonong je. Ops lupa, takut anjingkan," ketawa Firul ligat. Sarah tarik muka, terus dijelingnya lelaki itu.

"Encik pun sama macam kawan-kawan saya tu. Suka menyakat saya. Ni semua dioranglah punya pasal. Dah habis bocor rahsia saya. Tak suspenlah jadinya," Perlu ke Suspen Sarah oi. Orang tak ingin tahupun fasal diri awak tu.

"Janganlah merajuk. Saya tak habis menuntut dengan kawan-kawan awak tu cara-cara nak pujuk awak. Buat masa ni jangan sentap ya. Nanti saya habis je menuntut, awak boleh merajuk.

"Ikutlah ajaran budak-budak tak cukup umur tu. Diorang tu pun kalau bab memujuk awek search tips dalam internet, ada hati nak jadi tok guru. Jangan dilayan diorang tu encik. Nanti encik pun sama jadi sewel macam diorang," Firul terus ketawa mendengar bebelan Sarah.

"Encik ni kenapa tetiba je boleh joint kelab?" tanya Sarah tiba-tiba. Bukan busyboday, sekadar ingin tahu.

"Saja. Saya suka aktiviti macam kelab awak buat. Kalau saya tak buat macam tu hidup saya ni hanya terisi dengan kerja je. Takda hiburan langsung. Tu yang saya joint.

"Kebetulan saya jumpa Anuar masa taklimat hartanah dua hari lepas. Itu yang dia cerita pasal kelab. Penyudahnya Intan pun nak joint. So itulah ceritanya," kata Firul sambil menyeluk saku seluarnya.

Rentak tapak kakinya terhenti seketika apabila Sarah yang tadi berada di sebelah kanannya bergerak ke sebelah kiri. Lengan baju kemejanya yang dilipat sehingga ke paras siku ditarik Sarah kuat.

Terus dia berhenti seketika. Dia mengalihkan pandangannya ke sisi jalan. La, ada anjing rupanya. Patutlah senyap tak bercakap, alih-alih tukar posisi je.

Gelagat Sarah yang ketakutan itu mengundang tawa di bibirnya. Tanpa perlu tunggu lama, Firul terus menghamburkan ketawanya.

"Encik, diam sikit boleh tak? Ada anjinglah. Nanti kita kena kejar pulak," bisik Sarah perlahan cuba mengingatkan Firul tentang situasi genting mereka.

"Kalau kena kejar, kita larilah," Firul terus dengan ketawanya.

"Memanglah kalau kena kejar kita lari. Persoalannya yang berlarinya saya. Saya mana larat nak speed macam pelari pecut tuh, nak bawa badan pun mengah," balas Sarah pula. Apa lagi Firul terus ketawa sehinggalah mereka sampai ke kereta.

Sarah terus menekan alarm kereta, cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta. Cermin tingkap kereta diturunkan bagi mengucapkan terima kasih dan selamat malam kepada Firul.

"Encik, terima kasih ya. Saya selalu menyusahkan encik. InsyaAllah, saya akan terus menyusahkan encik lagi," tutur Sarah dengan senyuman meleret.

"Boleh, takda masalah. Nanti saya bagi bil bayaran bagi setiap pertolongan saya," canda Firul yang sedikit menundukkan kepala untuk melihat Sarah di dalam kereta.

"Nampak sangat tidak ikhlas. Sudahlah encik, kalau saya layan encik ni, sampai subuh kita duduk kat sini," ucap Sarah terus menghidupkan enjin keretanya.

"Selamat malam, hati-hati ya. Nanti dah sampai rumah, mesej saya ya," tuturnya penuh dengan kelembutan. Sarah terus mengangguk. Salam diucap sebagai tanda perpisahan mereka malam itu.

Dan yang pastinya, tiada lagi aura dingin di hati Sarah sejak lelaki itu sering muncul sebagai penyelamat dirinya. Mungkinkah, dia juga bakal menjadi penyelamat hati Sarah?...erm tengoklah macam mana kan..

Habis

DUA KALI CINTA, 11

BAB 11

Mesyuarat kelab xplorasi yang dibatalkan minggu lalu diadakan hari ini dan lebih tepat malam ini. Seawal pukul 8 malam, bilik yang boleh memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa itu sudah bising dengan gelak tawa.

Dari khabar angin ahli kelab yang lain, mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai percutian di Pulau Sibu, Johor hujung bulan nanti.

Kelab Xplorasi mendapat jemputan khas daripada Pelancongan Johor untuk menginap di resort berkenaan dan merasai pengalaman di salah satu pulau yang terkenal dengan keindahan hidupan lautnya.

Sarah berlari-lari anak mendaki anak tangga menuju ke rumah kelab. Sesekali dia melambatkan pergerakan kerana kepenatan. Mengah, kata orang Perak.

Setibanya dia di muka pintu, Safwan dan Mirul tidak sengaja menyambutnya dengan balingan bola ke arahnya tepat mengenai muka sehingga senget cermin mata.

"Sakitlah sengal. Korang ni nak sambut aku tak reti nak bagi salam ke? Sakit faham tak...S.A.K.I.T," Sarah sudah memuntahkan amarahnya. Perkataan sakit dieja kuat menandakan dia benar-benar sakit.

Safwan terus mendapatkan wanita yang sedang mencekak pinggang itu. Sarah ni kalau nak tahu memang ada tabiat buruk, suka cekak pinggang bila tengah marah.

So sekarang ni, memang konferm dia tengah marah sebab dia sudah cekak pinggang. Safwan berdiri betul-betul di depan Sarah. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Sarah.

Peluang yang ada ini digunakan sepenuhnya untuk meneliti setiap inci wajah wanita yang sememangnya sudah lama menghuni hatinya. Cuma dia sahaja yang belum berani untuk berterus terang.

Terlalu terkejut dengan tindakan Safwan, Sarah terus mengundurkan diri setapak ke belakang. Tanpa dia sedar, dia terpijak kaki seseorang. Dia hanya menyedari apabila suara nyaring seorang wanita melengking.

Terus Sarah dan Safwan berpaling. Anuar, Presiden Kelab Xplorasi terkocoh-kocoh bertanya sesuatu kepada wanita tadi.

Alah, terpijak sikit je kaki dia. Nasib baik aku tak pakai kasut tumit tinggi, kalau tak mahu tembus kaki minah ni kena pijak, Sarah ketawa perlahan.

"Sorry," ucap Sarah dan Safwan serentak. Wanita itu hanya menghadiahkan jelingan tajam ke arah mereka. Eh, minah ni, kang tak pasal-pasal ada yang kena korek biji mata ni.

"Sudah mainnya. Jom kita start meeting. Elina, Firul, jemput masuk ke rumah kelab kami," ucap Anuar lembut. Eh, Firul?

Mendengar sahaja nama Firul, Sarah terus berpaling. Apa hal mamat ni buat kat sini, takkan nak bagi press confren fasal kejadian minggu lalu pula, gumam Sarah.

"Yang kau tercegat kat pintu tu kenapa? Dahlah besar, penuh satu pintu ni, macam mana diorang nak masuk," Anuar ni agaknya dah lama makan nasi kot, kang aku pijak ada yang makan bubur pulak.

Sarah berlalu namun sempat menghadiahkan pukulan sulungnya di bahu Anuar. Lelaki sebaya dengannya itu mengaduh kuat namun terus ketawa melihat muka ketat Sarah.

"Jangan nak sentap sangatlah perempuan. Aku cium nanti baru tahu," canda Anuar lagi sebelum berlalu membawa masuk dua tetamu istimewa mereka. Huh, istimewalah sangat.

Mesyuarat hari ini dihadiri kira-kira 30 ahli. Selebihnya tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja dan urusan yang tidak dapat dielakkan. Seperti yang dijangka, mesyuarat akan berkisar mengenai percuti di Pulau Sibu, Johor.

Malah, mesyuarat mereka dibuka dengan pengumuman kemasukan dua ahli baru iaitu Encik Firul dan Intan Elina yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam bagi Syarikat Starlight Development.

Hasil daripada mesyuarat yang berlangsung dua jam itu adalah mereka yang berminat boleh mendaftar di Facebook kelab dengan bayaran sebanyak RM100 bagi kos pengangkutan dan keperluan kecemasan.

"Aku nak pergi," teriak Mirul kemudian diikuti dengan Azrin dan Riqki. Safwan pula merapatkan tubuhnya ke sisi Sarah sebelum berbisik sesuatu.

Firul yang dari tadi memerhatikan mereka terus membulatkan mata apabila Sarah tanpa segan silu menarik telinga Safwan, lelaki yang baru dua kali dijumpainya.

Terus semua mata terarah kepada mereka. Laungan Anuar terus mematikan hasrat Sarah untuk memukul bahu sahabatnya itu. Kacau daunlah Anuar ni.

"Ishk korang ni, jangan sampai aku panggil tok kadi nikahkan korang kat sini hari ni. Kalau ya pun bercinta, cover-coverlah sikit, kitakan tengah meeting ni," tegur Anuar tanpa berselindung.

"Takda sapa mau kat budak tak bersivik ni aih. Aku rela bersanding dengan tong gas daripada kahwin dengan mamat tak cukup akal ni," ucap Sarah bersahaja.

Laju sahaja tangannya mencubit lengan Safwan. Lelaki itu terus membuntangkan mata tanda terkejut dan sakit.

"Ni awaklah punya fasal. Alih-alih saya yang kene marah. Ada hati nak dating dengan saya kat pulau. Ingat ni cerita Panggilan Pulau ke," bisik Sarah sambil memuncungkan bibir tanda merajuk.

Safwan terus mengusik dengan menarik hujung tudung bawal Sarah sehingga senget. Miza yang melihat tindakan Safwan terus menolak pipi lelaki itu sehingga tersembam mencium meja.

Seisi bilik mesyuarat ketawa melihat perilaku Safwan. Miza dan Sarah saling berbalas pandangan sambil mengukir senyuman tanda puas dapat mengenakan lelaki itu. Padan muka kau, Wan!.

"Sudah tu. Tak pasal-pasal kita meeting sampai pagi esok pulak. Okey, semua setuju dengan cadangan tadi boleh terus daftar kat FB dan pembayaran boleh dibuat bermula minggu depan.

"Tempat terhad ya sebab kita pun orang yang jemput. Kalau yang lambat tapi nak pergi juga boleh booking sendiri dan kosnya sendirian berhad jugaklah ya," kata Anuar sebelum menutup mesyuarat.

"Bang, karipap takda ke? Selalu meeting ada makan-makan. Malam ni kosong je," Azrin buat muka poyo sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Semua yang mendengar ketawa.

"Malam ni takde karipap, kita makan supper kat luar, Firul nak belanja kita semua tanda salam perkenalan katanya. Kita jumpa kat kedai Selera Pantai Timur kat taman sebelah," balas Anuar sebelum meninggalkan bilik mesyuarat bersama Intan Elina dan Firul.

"Awak jom makan. Kedai kegemaran awak tu," Ajak Safwan ketika beriringan dengan Sarah keluar dari bilik gerakan tersebut. Sarah mengerling jam di tangan, sudah pukul 11.

Namun apabila teringatkan nasi goreng cilipadi restoran berkenaan, terus kecur liur dibuatnya dan dengan pantas dia bersetuju dengan pelawaan Safwan. Mereka menuju ke kereta masing-masing dan berjanji untuk bertemu di sana sahaja.

Sambil memandu, Sarah menekan punat telefon bimbitnya mencari nama Mimi. punat berwarna hijau ditekan dan tidak perlu menunggu lama, Mimi sudah menjawab panggilan.

"Mi, aku balik lambat sikit ya. Tadi ada mesyuarat sekarang ni kami nak pergi makan. Kau jangan tutup lampu ruang tamu ya," pesan Sarah kepada teman serumahnya itu.

"Yalah. Hati-hati memandu," Ucap Mimi sebelum menamatkan perbualan. Tak habis-habis dengan penakutnya si Sarah ni. Yang peliknya, dia takut gelap tapi bila tidur tak suka pasang lampu pula, cukup sekadar diterangi cahaya daripada lampu jalan.

Friday, November 16, 2012

DUA KALI CINTA, 10

BAB 10

"Ane, limau suam satu," laung Sarah sebaik sahaja mendudukkan dirinya di salah sebuah kerusi kosong bersebalah Safwan dan beberapa rakan yang lain. Semua yang ada di kedai tersebut memandang ke arahnya sambil menggelengkan kepala.

Dia memandang Azrin dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Lelaki itu ketap gigi tanda geram apatah lagi mengingatkan kejadian semalam. Habis lenguh sendi badannya akibat menahan pukul Sarah.

Sakit tidak usah cerita. Mungkin ada beberapa bahagian lebam yang dia tidak tahu. Yang pasti, belakangnya rasa sungguh sakit apabila bangun pagi tadi. Bisa sungguh.

"Eh, aku ada gosip ni," Mirul membuka bicara memecah kesunyian lima sekawan itu. Azrin yang tadi ingin menyalakan api pada puntung rokoknya terhenti seketika sebelum mendekatkan badannya dengan Mirul.

Mirul buat buka suspen. Sesekali dia ketawa sendiri. Semua yang ada di meja tersebut kehairanan. Safwan dan Sarah saling tukar pandangan. Suspen siot...

"Aku dengar ceritalah, semalam ada seorang tu menangis teresak-esak sebab takut gelap. Bilik gerakan black out," Mirul terus meledakkan tawanya. Azrin sudah kecut perut.

Sarah menggengam penumbuk sekali gus pandangan tajamnya menjamah setiap inci wajah Azrin yang sudah menunduk itu.

"Menangis macam budak-budak. Nasib baik ada hero tolong selamat, kalau tak mahu banjir air mata bilik gerakan kita tu," Mirul menambah sambil angkat kening.

"Sure yang menangis tu minah kan. Perempuan je yang takut benda-benda remeh macam tu?" Safwan bertanya penuh minat. Azrin sudah berkira-kira untuk bangun. Sakunya diseluk untuk mengeluarkan wang bagi membayar makanannya.

"Relakslah bro. Awal lagi nak ketuk story pun. Kau punya story bukan besar pun, taraf filler je. Lepak dulu, hari ni aku belanja," Mirul menarik lengan Azrin supaya terus duduk di situ.

"Aahlah bro. Yang kau dari tadi senyap je apasal? Tersampuk dek hantu mak lampir ke apa," Khalif yang dari tadi hanya menjadi penonton bersuara pula.

"Sapa minah tu bro?" Soal Safwan lagi. Mirul mendekatkan wajahnya ke muka Safwan. Keningnya ditari selang seli, lepas kanan, kiri, kembali ke kanan kemudian ke kiri.

Lantas, dimuncungkan bibirnya menghala ke arah Sarah yang sudah menunduk malu. Seraya itu, tiga pasang mata kecuali Azrin serentak memandang wanita yang hari ini anggun mengenakan blouse hijau pucuk pisang itu.

Masing-masing meledakkan tawa. Sarah yang seperti manusia tiada perasaan itu takut gelap rupanya. Wanita yang suka bertelagah dan asyik nak memang itu rupanya ada benda yang dia takut.

Sarah terus memegang pipinya yang sudah panas itu. Malu sungguh rasanya kala itu. Dia terkenal dengan sikap kasar dan tidak pernah sekali dia menangis di hadapan rakan-rakannya.

Biarpun nampak ayu, dia seorang yang tidak pernah menjaga kesopanan bila berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Bak kata orang zaman sekarang, tak control ayu langsung.

"Ni kau punya kerja kan Azrin? soal Sarah dengan matanya sedikit mencerlun. Azrin hanya tersenyum sumbing.

"Ampun, penunggu gua," terus dia merapatkan kedua belah tangannya dan mengucapkan ayat itu kepada Sarah.

"Ingatkan berani sangat. Rupa-rupanya gelap pun takut. Apalah awak ni. Buat malu saja, Dah tu menangis macam budak-budak pulak," Safwan berbicara sambil menahan tawa.

"Saya bukan takutlah wak. Terkejut je terus otak jadi blank. Tak tahu nak buat apa," nafi Sarah sambil dengan rakus meneguk air limau suam yang sudah sejuk di atas meja.

"Eleh, kalau kau takut, takdelah kau pegang tangan mamat tu macam taknak lepaskan?" Azrin sudah buka mulut.

"Wow!!!. Ada penambahan ceritalah," jerit Mirul sambil menampar bahu Azrin. Lelaki itu kemudian mengaduh perlahan sambil menggosok bahunya.

"Mana ada aku pegang Encik Firul," nafi Sarah lagi. Dia mengerling ke arah Safwan dengan harapan agar lelaki itu percayakannya. Namun hampa apabila Safwan terus dengan tawanya.

"Jaga kau Azrin. Ada masa nanti aku pijak perut kau," ugut Sarah sambil cekak pinggang. Azrin terus menghentikan tawanya. Namun tidak bagi Mirul, Safwan dan Khalif.

"Apa yang lawakknya korang ni. It's normal kalau perempuan takut gelapkan?" Soal Sarah tidak puas hati.

"Memang normal kalau yang takut tu Aida atau Miza. Sarah takut gelap? Kau tak rasa pelik ke? Wanita kental dan kasar yang bagi apa pun cabaran dia harungi termasuk pergi jirat Cina waktu maghrib seorang diri, boleh takut gelap," Mirul bersuara lagi.

"Tulah korang, banyak benda yang korang tak tahu pasal aku. Safwan je tahu banyak rahsia tentang aku. Kan awak kan?" Terus Sarah pandang Safwan yang ada disebelahnya.

"Eh Sarah, aku rasakan sudah sampai masanya kau jadi lembut sikit. Aku mengaku lah dari segi cara berpakaian, kau memang nampak sungguh ayu dan comel.

"Tapi bila bab bercakap dan gelak. Kus semangat bila aku dengar. Sudahlah gelak kalah pontianak tersangkut kat dahan rambutan, kalau bercakap pula tak pernahnya guna nada lembut," tegur Khalif pula.

Sarah garu kepala. Kasar ke aku selama ini. Rasanya sudah cukup sopan santun tu, Ada masa aku rasa aku sudah cukup manja. Aduhai...

"Eh kejap. Apa kaitan antara takut gelap dengan perangai aku? Eh awak, saya kasar ke selama ni?" Sarah bersuara sayu sambil menarik lengan baju Safwan. Safwan terus ketawa.

"La, awak tak tahu ke selama ni awak memang kasar. Kalau orang yang tak kenal mesti ingat awak ni tak berbudi pekerti. Tapi bila dah kenal baru oang tahu yang awak ni sweet sangat," Jawapan jujur Safwan meninggalkan kesan di hati Sarah.

"Korang ni pun satu, tak baiklah cakap macam tu kat Sarah. Dia memang kasar tapi dalam kasar tu ada lembutnya, ada manjanya. Korang saja yang tak tahu," Yey! Safwan back up akulah. Sukanya. Thanks awak!.

Sarah terus senyum menyeringai menampakkan barisan gigi. Malah ibu jari tangannya diangkat menunjukkan isyarat bagus sebelum digoyangkan di hadapan Mirul.

"Tapikan, apasal sekarang ni kau nampak sedikit pelik. Aku tak tahu apa yang peliknya, tapi peliklah kesimpulannya," Khalif cakap berbelit-belit, cuba merungkai permasalahan namun ia semakin kusut jadinya.

"Pelik? Takdalah, aku sama macam dululah. Sarah yang korang cakap kasar dan ganas itu," kata Sarah bersungguh-sungguh. Dia memandang wajah rakan-rakannya yang lain meminta kepastian.

"Tak Sarah. Kau nampak lain sikit. Aku pun perasan. Kau dah tak selalu kasar, kadang-kadang manja, geram pula aku tengok," tambah Azrin seperti mengiayakan kata-kata Khalif.

"Kau tengah syok dilamun cinta erk?" Safwan tersedak. Eh, Wan ni, si Mirul tanya Sarah tetapi dia pula yang over acting. Apa lagi semua mata terus memandang Safwan yang sudah mengelap mulut dengan tapak tangan itu.

Seperti tidak sabar menanti jawapan Sarah, mereka silih berganti menyepak kaki wanita itu yang seperti sedang merangka jawapan.

"Korang tengok, macam mana aku tak kasar, korang layan aku macam ni. Cuba layan aku dengan lemah lembut. Ni tak ganas sungguh caranya," tempelak Sarah bersahaja.

Mereka ketawa bersama-sama. Masing-masing mengakui bahawa adakalanya mereka melayan Sarah sedikit kasar dan mereka juga percaya cara layanan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada tingkah laku Sarah.

Malah, status rakan sepejabat yang dipegang oleh mereka membuatkan masing-masing semakin rapat dari sehari ke sehari. Bukan tiada wartawan wanita lain di pejabat itu, namun dengan Sarah sahaja mereka boleh bergurau kasar.

"Kau dah ada pakwe erk?. Bukan apa kadang-kadang aku tengok kau senyum, pastu kau termenung, lepastu kau macam sedih. Lately nampak ketara sangat perangai tu, Berdasarkan telahan pak habib, itu semua simpton in love with someone," Asak Mirul lagi.

"Isk korang ni, Aku still single and available. Siapalah nak kat aku yang montel ni. Sudahlah rupa tiada, kasar pulak tu," Sengaja Sarah menekankan perkataan kasar di hadapan rakan-rakannya itu.

"Saya nak," Pantas semua berpaling ke arah Safwan. Mirul, Azrin dan Khalif sudah geleng kepala. Dia buat lagi, lepas ni konferm ada yang kena cubit.

"Aduh," kan dah cakap. Tak sampai seminit ketam batu Sarah sudah mengepit di lengan sasa Safwan. Padan muka kau Wan!...

Habis

DUA KALI CINTA, 9

BAB 9

Tepat pukul 9 malam, Sarah sudah terpacak di bilik gerakan Kelab Xpolarasi Media yang kebanyakannya disertai oleh pengamal media cetak dan elektronik serta beberapa individu luar yang kebanyakannya terlibat secara langsung dengan organisasi media seperti pemasaran, bahagian iklan dan pegawai perhubungan awam.

Sarah mengerling jam di tangannya, sudah menunjukkan ke angka 9.05 malam namun suasana bilik gerakan masih lagi sunyi sepi. Dia melangkah masuk dengan penuh berhati-hati sambil meninjau sekeliling.

Bukan apa, kadang kala ada sahaja trick nak menyakat orang dirancang oleh rakan-rakan yang lain dan dia juga pernah di sergah dari belakang oleh salah seorang rakannya yang memakai kostum seperti hantu.

Nasib tak pengsan Sarah dibuatnya. Namun jika diukur kadar denyutan jantungnya, mahu tercabut spring alat pengukur kerana dia sangat takut waktu itu. Terkejut dan tergamam!.

Kali ini dia perlu berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang kembali. Sementara menunggu kehadiran yang lain, Sarah mengambil peluang membaca majalah yang baru dibelinya tadi.

Baru sahaja memasuki helaian ke dua, tiba-tiba suasana yang terang benderang bertukar gelap gelita. Sarah sudah kaget, dia sememangnya tidak suka berada di tempat yang gelap kerana dia fobia pada kegelapan.

"Manalah pula perginya handset ni," gumam Sarah sendiri sambil tangannya menyelongkar isi perut beg tangan berwarna hitam itu. Nafasnya sudah turun naik, dia sudah menggelabah seperti mahu menangis.

Jika rumah sewanya black out, Mimi akan segera mendapatkannya dengan membawa lilin bagi menerangi ruangan sementara menunggu elektrik. Malah Mimi juga tahu, Sarah tidak akan berganjak ke mana-mana kerana sangat takut.

Kalau waktu black out tu dia ada kat dapur, memang sampai sudah dia diam di situ sehinggalah ada orang datang, pimpin tangan dia dan bagi lilin padanya. Waktu sebegini, dia seperti mati akal dan otaknya tidak mampu berfikir.

Lama mencari, akhirnya cahaya daripada telefon menandakan ada panggilan masuk seakan memberi nafas kepada Sarah. Dia mengeluarkan objek empat segi itu dan menekan punat hijau tanpa melihat pemanggil.

"Mimi, tolong aku, aku takut, bilik ni tiba-tiba black out. Gelap sangat ni," ujar Sarah sambil menahan takut dan tangis yang sangat menebal dalam dirinya.

Namun hanya kedengaran hembusan nafas daripada pemanggil tersebut. Sarah yang ketakutan itu sedikit berang apabila "Mimi' diam membatu.

"Mimi, aku takut ni," usai sahaja ayat itu diungkap, terhambur sudah air matanya. Dalam esak tangis itu dia berkali-kali merayu agar 'Mimi' menolongnya.

"Cik Sarah kat mana?," Sarah tergamam. Lain macam pula suara si Mimi. Garau semacam saja. Dia terus melihat nama yang tertera di skirn telefonnya namun hanya nombor telefon sahaja yang tertera.

"Saya ni, Firul," ujar pemanggil berkenaan mungkin faham dengan kebisuan Sarah.

"Encik, saya takut," ungkapan pendek. Namun sedu-sedan itu sudah cukup menunjukkan betapa wanita itu berada dalam ketakutan.


FIRUL membetulkan duduknya di kerusi urut ogawa sambil melayan perasaan menontot drama TV. Teman serumahnya yang terkenal dengan nama jolokan Eroy leka memetik gitar sambil mengalun melodi syahdu.

Tengah frust dengan aweklah tu si Eroy ni. Dari tadi asyik mengulang lagu yang sama sampai naik muak dia mendengarnya.

Tanganya mencapai telefon bimbit yang diletak di atas meja kecil sebelah kerusi urut itu. Tangannya ligat mencari nama Sarah di dalam list phone book.

Tiba-tiba teringatkan Sarah Arisha. Kacau minah tu malam ni best jugak, getus hati Firul riang. Punat hijau telefonnya ditekan sambil hati berdoa semoga Sarah menjawab panggilannya.

Namun, dia terkesima apabila mendengar tangisan halus Sarah sambil berulang-ulang menyebut nama Mimi dan dia takut. Hati lelakinya berdegup kencang.

Bahaya bagaimanakah yang dihadapi oleh wanita itu sehinggakan dia menangis teresak-esak. Dia terus bangun tanpa sempat menghabiskan urutan.

"Cik Sarah kat mana?" ujarnya sambil menuju ke bilik untuk menyalin pakaian. Tingkah lakunya diperhatikan Eroy dengan sedikit kehairanan.

Tidak sampai lima minit, Firul keluar dari bilik bujangnya dengan mengengam segugus kunci. Hasrul terus berhenti menyanyi namun gitar masih kekal ditangan.

"Kau ni kenapa? Kelam kabut je aku tengok. Nak keluar dating ke apa?" Soal Eroy yang dari tadi membuang pandangannya ke arah Firul yang berpakaian kemas itu biarpun hanya memakai jeans dan baju t tanpa kolar.

"Aku nak jumpa kawan. Aku dah lambat ni," Firul terus meninggal teman serumahnya itu. Esak tangis Sarah masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

Wanita itu benar-benar dalam ketakutan. Cepat Firul, tolong dia, hati lelaki itu terus membentak.

Alamat yang diucapkan Sarah dimasukkan ke dalam carian GPS. Sebaik sahaja alat tersebut membuat carian, Firul terus menekan pedal minyak menyusuri jalan membelah kesunyian malam demi wanita yang bernama Sarah Arisha.

"Sarah, tunggu saya," ucapnya perlahan sambil menambah kelajuan. Jalan sedikit lengan membantu Firul untuk sampai lebih awal daripada kiraan alat GPS.

Suasana persekitaran di lot rumah kedai tersebut sunyi sepi. Mungkin bekalan elektrik yang terputus itu menyebabkan beberapa kedai yang masih beroperasi menutup premis perniagaan mereka lebih awal.

Benar, suasana di kawasan tersebut sungguh gelap. Hanya sesekali ia disimbahi lampu daripada beberapa kereta yang lalu lalang di situ.

Pintu sisi rumah kedai yang sama dengan alamat diberikan Sarah ditolak ganas. Tangga menuju ke tingkat atas didaki laju sambil bertemankan dua buah lampu suluh di tangannya.

Dari luar sudah kedengaran esak tangis yang pastinya milik Sarah. Pintu kaca ditolak laju, terus sahaja dia menghalakan lampu suluh ke kawasan sekitar mencari kelibat Sarah.

Sebaik sahaja cahaya lampu suluh itu singgah di penjuru bilik, dia terkesima melihat susuk seseorang dalam keadaan memeluk lutut. Sesekali bahunya kelihatan terhincut-hincut akibat menangis.

"Cik Sarah," Sapanya perlahan sambil memegang lembut bahu Sarah. Terus sahaja wanita itu mengangkat muka.

"Encik, tolong saya," Firul tergamam apabila Sarah terus menghamburkan tangisan tanpa henti seperti melepaskan beban di dada.

Biarpun hanya bertemankan lampu suluh, Firul dapat melihat dengan jelas, hidung dan mata wanita itu sudah mulai merah akibat menangis terlalu lama.

"Sudah, jangan menangis lagi, saya kan ada," pujuk Firul perlahan sambil menepuk perlahan bahu Sarah. Dia kemudian menghulurkan tangan kepada wanita itu supaya bangun.

Sarah menyambut huluran tangan Firul. Dia yang masih dengan sisa tangisan terus menghentikan sendunya apabila jari jemari Firul singgah di pipinya untuk mengesat air mata.

Pandangannya jatuh kepada wajah Firul. Terasa seperti tenang sebaik sahaja matanya singgah di raut wajah yang sedang tersenyum kepadanya. Tanpa sedar dia mengemaskan gengamannya di tangan lelaki itu.

Dia terus membuntuti setiap langkah Firul biarpun lelaki itu terlebih dahulu membekalkan dia dengan lampu suluh sehinggalah keluar dari premis berkenaan.

"Terima kasih encik. Maaf menyusahkan encik malam-malam ni. Saya ingat yang call tadi kawan saya," ucap Sarah menutup malu sebaik menyedari tangan mereka masih bertaut.

Usai pegangan tangan itu terurai, ada tawa terbit di bibir Firul. Muka Sarah yang sememeh itu dipandang sekali lagi. Wanita ini bukan sahaja cemerkap, malah mudah menangis. Namun Sarah mempunyai sisi lain yang masih disembunyikan.

Sarah memegang pipi sebaik menyedari Firul masih memandangnya. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah muncul seseorang menyelit dalam drama bisu itu.

"Korang buat apa kat sini? Eh Sarah, tengok muka kau je aku baru teringat yang meeting hari ini batal, postpond minggu depan," ucapan Azrin ternyata membakar hati Sarah.

"Kepala hotak korang," Sarah terus menjerit dan seraya itu bahu dan lengan Azrin menerima pukulan demi pukulan daripadanya.

Sebentar tadi, Sarah seorang yang sangat takut namun kini, dia seperti seorang yang menyimpan amarah yang mendalam.

Firul hanya ketawa melihat Sarah dan Azrin yang sudah berkejaran mengelilinginya. Sesekali penampar Sarah singgah di bahunya juga. Perit juga pukulan si Sarah ni.

Hilang terus tangisan, yang muncul kini pekikan, jeritan dan ketawa nyaring antara mereka bertiga. Wanita itu ternyata mampu membuatkan dia terus-terusan tertawa dan tersenyum.

Habis

Tuesday, November 13, 2012

From Korea with Lurve...

 Salam...

Sudah seminggu balik ke bumi Johor. Alhamdulillah..terima kasih Allah atas kesempatan yang diberikan sehingga kaki ini bisa menjejak ke bumi Korea. Yes!!! saya pernah ke korea...haha..(bukan ayat riak)..

Alhamdulillah...trip enam hari ke bumi kelahiran Kang Ma Roo itu berjalan dengan lancar walaupun touch down aje kami disambut dengan hujan..ye..suhu mencecah 4 darjah celcius..memang sejuk ye ols..makanya kami ke nami island berhujanla..so tiada la winter sonatanya...

Serius..nami island sgt canteq okey..nak2 pegi time auturm..(sila abaikan hujan itu)...daun kuning..ade kaler oren skit..kalo p honeymoon neh sure lebih romantik..haha..layan beb...

tanak cite banyak..kite tepek pix yer..maap..i tak pandai amik gambo..makanya begitu je la hasilnya..haha..

neh Pulau Nami..hujan dan becak..kasut baru kami itu masuk air penyudahnya..owh..baju hujan tu berharga 2,000 won..


Kalo pi Nami Island tak sah kalo tak amik pix kat tugu neh..sape yg minat tgk cite korea musti tau pix neh cite ape kan..Winter Sonata..tapi saye tak pernah tgk sampai abis cite neh..mungkin belom tiba masenye kot..haha

neh pix depan Hotel Kensington Flora di Pyeongchang..perjalanan dua jam dari Seoul..

Antara jenis makanan yang dimakan di sane..sume sayur..

Bagi bebiri makan...gile gelojoh ini hewan,..haha

well...haha...

Ladang bebiri..

Kat Folk Village...Ini adalah lokasi Sungkyunkwan Scandal.. ye dapat jumpe Kang Ma Roo...

ini jugak...yg tengah duduk tu micky youchun..oppa sulung..yang paling kanan tu oppa terbaru..Song Joong Ki atau Kang Ma Roo (Innocent Man)...

Song Joong Ki...Kang Ma Roo..Niat nak p Korea memang nak jumpe dia..so memang jumpe la kan..walaupun papan jer...

Jung il Woo..hat neh oppa bayangan jugak...lokasi yang sama tapi cite berbeza..neh cite The Moon That Embrace The Sun..

Sapa tengok cite Moon That Embrace The Sun musti tau lokasi neh part mane..alah part Prince Yang Myung (jung Il Woo) jumpe balik dengan Heo Yeon Woo...

Di luar pintu masuk Korean Folk Village..kat belakang tu adalah antara drama yang dibikinkan di sini...h0h0

neh pandang luas kawasan asrama dalam Sungkyunkwan Scandal...

Chingue...telah ku seru namamu ke bumi korea...haha..Saranghye
waiting for lurve? perhap,..haha di everland

Secret Garden aka kebun rahsia..neh dekat taman tema depa..everland

suping time..Dotta..seoul..

Itaewon...kat sini banyak kedai makan pakistan...

Hangbok time...cumel tak?...haha

kimchi...say kimchi...hehe..yg sebelah tu haji hussin..

Honey Candy kot name die..yg bestnye depa promot benda alah neh sambil nyanyi..sgt menarik..
neh la rupe makanan manis itu...sedap..cair dalam mulut..bahan utama dia madu dengan tepong je..

kat salah satu jalan di itaewon...
satu-satunya benda yang aku beli utk diri sendiri..album FT Island yg baru..Five Treasure Box..harga 16,000 won..Sebenarnya selain niat yg jumpe kang ma ro..beli album FT Island juga tersenarai dalam list utama..dah akhirnya tercapai juga hajat..serius, lagu die sume superb...best2..!!deabak!!!

FT ISLAND..oppa Saranghye...


say bye2 to korea..nak balik dah time neh...kat Incheon Airport..di kiri saya adalah uenni (nicole) dan kanan pula Superman..tour guide kami...
 Maka...sampai di sini sajok cite korea..so..tengoklah ape yg patut yer..bagi saya,,alhamdulillah..atas rezeki yang diberikan..kalo nak p honeymoon kat koya lagik boley dak?...haha..ops..nak carik oppa betul2lah gini..

Saranghye..korea..bogoshiposo...


Monday, November 12, 2012

DUA KALI CINTA, 8


BAB 8

"Awak, jomlah masuk kuiz kpop tu. Semua orang masuk, saya nak jugak uji kepakaran," Sarah memujuk Safwan sambil menarik hujung bajunya.

Safwan menepis lembut tanda tidak termakan dengan pujukan si bam-bamnya itu. Biarpun begitu, Sarah tetap berusaha, kali ini dia buat muka hampa sambil menuncungkan bibir dan kaki menguis permaidani Hotel Swan yang terbentang luas itu.

"Awak tak kesian kat saya ya?. Saya bukan suruh awak pergi berperang, saya minta awak temankan saya masuk kuiz itu saja. Kalau acara individu, saya tak minta tolong awaklah," Kali ini Sarah bersuara antara dengar dan tidak sahaja.

Sarah mendengar dengusan halus terbit di bibir Safwan. Macam nak berjaya sahaja taktik merajuk ni.

"Yalah. Jom saya temankan awak. Saya temankan je kan? Semua soalan awak jawabkan?," Soal Safwan bertalu-talu. Sarah apa lagi mengangguk kepala berkali-kali tanpa henti.

Ada lima pasangan yang masuk kuiz kpop sempena Malam Media anjuran Syarikat Starlight. Sarah dan Safwan peserta yang kelima. Kawan mereka daripada media cetak dan elektonik yang lain pun turut serta. Berdebar juga hati ingin menjawab soalan.

Walaupun Sarah boleh dikategorikan sebagai peminat drama Korea tetapi dia ada masalah dalam mengingat nama pelakon lelaki mahupun wanita baik pelakon baru mahupun lama. Pencabar terdekat mereka ialah kumpulan Miza dan Riqki sebab dua-dua tu peminat fanatik muzik dan drama Korea.

Tetapi tidak salah cuba nasibkan. Sarah memandang Safwan sekilas. Lelaki itu angkat kening dan merenung tajam ke arahnya. Proteslah tu. Kata setuju tapi tetap protes dalam diam. Macamlah orang tak tau.

Terdapat tiga kategori iaitu kdrama, kmuzik dan kfood. Waktu itu Sarah yakin dalam kdrama sahaja. Lagi dua kategori dia goyah. Nak mengharap si Safwan ni memang telungkuplah. Dia bukan minat pun. Tukang teman pergi beli cd cerita Korea bolehlah.

"Semua peserta bersedia. Untuk kategori kdrama, lihat video ini dan sila nyatakan tajuk drama yang dipaparkan. Anda semua mempunyai 30 saat untuk menjawab setiap soalan," pengumuman daripada juruacara majlis membuatkan Sarah semakin gementar.

"Kita masuk kuiz je bukan pergi berperang. Tak payahlah nak menggelabah tak tentu pasal," ujar Safwan sambil meletakkan tangan di buzer yang ditetapkan untuk setiap kumpulan.

Sarah mengerling ke arahnya sambil mencubit lengan lelaki itu. Dia mengaduh perlahan.

Kali ini Sarah menghadiahkan Safwan dengan senyuman paling lebar, mohon simpati agar dia bertahan untuk seketika.

"Kita mulakan dengan video pertama, sila beri perhatian para peserta semua," Mata semua peserta terarah kepada skrin besar di sebelah pentas.

Macam kenal je drama ini. Otak Sarah terus membidik tiap plot pendek yang dipaparkan. La..mana boleh lupa, drama tersebut merupakan antara drama kegemarannya. Drama yang dia akan tonton tiap kali hati tengah bersedih.

Dia terus menghentak tangan di buzer tetapi dia terlupa yang tangan Safwan sudah ada di situ.

"Sakitlah awak," ucapnya pendek. Sarah garu dahi. Ucapan maaf terus dituturkan kepadanya.

"I'm Sorry, I Love You," Sarah bersuara yakin. Yey! jawapan betul, 10 markah untuk kumpulan kami. Sarah ketawa riang. Suka sangat padahal baru soalan pertama. motivasi itu penting.

Perang buzer bermula. Silih berganti benda bulat berwarna merah itu ditekan. Kejap meja Sarah, kejap meja Miza, kejap meja Sarah, sat lagi meja Miza, dah macam Sarah dan Miza sahaja yang masuk kuiz itu.

Kategori pertama dan kedua sudah berlalu dan kumpulan Safwan dan Sarah sekarang mendahului dengan 20 markah daripada kumpulan Miza dan Riqki. Acara penentu sekarang kfood.

Bulat mata Sarah memandang dua mangkuk besar kimchi yang terdapat di atas dua buah meja. Dia garu dahi lagi. Bagi cabaran ini, peserta lelaki perlu menghabiskan makanan tradisional Korea itu dalam masa yang paling pantas.

Masalah sekarang, peserta lelaki kumpulan dia iaitu Safwan ni tak makan sayur. Semua jenis sayur dia tak makan, kalau dia termakan sekalipun dia akan muntahkan balik. Dia memang tidak suka sayur.

Safwan sudah menelan air liur dua tiga kali. Jika ditanya saat itu, sememangnya keinginan untuk menang bagi pihak Sarah sangat tinggi. Tambahan pula melihat hadiahnya. Pakej pelancongan ke Korea untuk dua orang selama lima hari empat malam, lumayankan hadiahnya.

Dengan kondisi Safwan yang sebegitu, Sarah tahu dia terpaksa mengucapkan bye-bye pada hadiah tersebut. Melepaslah jawabnya. Barangkali tiada rezeki mereka. Dia mula mengeluh perlahan.

"Peserta lelaki, sila ambil tempat masing-masing," pengumuman juru acara yang sama mematikan lamunan Sarah. Dia sedikit terpempan apabila Safwan melangkah setapak demi setapak ke arah meja itu.

Ishk, tak pasal-pasal dia muntah kat sini, lagi malukan. Sarah, takda rezeki kau nak menang malam ni, gumamnya sendirian.

Sarah menarik hujung lengan baju kemeja Safwan, dia menoleh ke arah Sarah dengan muka terkejut. Waktu itu Sarah sudah mengeleng ke arahnya supaya menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Dia berkeras, pegangan Sarah diurai lembut sambil menghadiahkan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Biar betul Safwan ni. Tengok timbunan kimchi tu boleh pitam si Safwan ni nak habiskan.

Riqki sudah menyingsing lengan bajunya. Dia menunjukkan simbol ibu jari ke bawah kepada Safwan. Si safwan itu pula menghadiahkan jegilan mata bulatnya kepada Riqki.

"Kita mulakan sekarang," wisel ditiup kuat. Riqki dengan gelojohnya memasukkan segenggam kimchi ke dalam mulutnya, begitu juga dengan Safwan.

Sarah semakin gusar apabila melihat mata Safwan sekejap besar sekejap kecil sambil berusaha menelan sayur kubis panjang berwarna merah itu.

Tangan kirinya pula sedang ligat mengurut dada, tangan kanannya pula menekup mulut. Dalam posisi membongkok itu Sarah dapat lihat wajah ketat Safwan berusaha memamah setiap inci sayur yang ada di dalam mulutnya.

Riqki sudah masuk suapan kedua tetapi Safwan masih berusaha menelan suapan pertamanya. Tangan kirinya semakin laju menumbuk dada. Sarah semakin gelisah, rasa bersalah menyerbu jiwa.

Tanpa berfikir panjang, Sarah berlari anak ke arah Safwan, berdiri di hadapannya dan memandang wajahnya, ada sebening air jernih di tubir matanya, itu tanda dia berusaha untuk menahan diri daripada muntah.

Sarah angkat tangan sambil menjerit," Kami tarik diri,". Safwan terus berhenti mengunyah. Penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut mengeluh. Si Miza sudah berlari mendapatkan Riqki sambil bersorak riang.

Safwan pula terus berlari ke belakang pentas. Sarah tidak pula mengekorinya kerana tahu dia pasti ke tandas. Nak muntahlah tu apa lagi. Sarah gelak sendiri.

Pakej melancong ke Korea itu menjadi milik Miza dan Riqki. Mereka hanya menang ipad2. Tidak mengapa, itu pun rezeki juga. Eh, ini bukan ayat penyedap hati tetapi ayat bersyukur sebab tidak pulang dengan tangan kosong.

"Sorry sebab saya, kita kalah dan awak terlepas hadiah pakej pelancongan tu," bisik Safwan semasa mereka sama-sama turun daripada pentas. Sarah berpaling sejenak ke arahnya dan tersenyum.

"Takpalah awak. Menang ipad ni pun sudah memadaikan. Sekurang-kuranya kita mencuba bukan terus menyerah kalahkan. Lagipun saya tak nak satu dewan ni tahu rahsia awak yang tak makan sayur tu," ujar Sarah menyakinkan Safwan tentang kekalahan mereka.

Mereka ketawa bersama. Dia berbisik lagi ke telinga Sarah. Kali ini tawa wanita itu semakin menggila.

Sudahlah kalah, ada hati nak cakap sarangheyo kat aku. Sarah sempat menjelir lidah ke arahnya. Safwan cekak pinggang lalu ketawa.

Semasa ingin mengambil minuman panas buat dia dan Safwan, Firul menghampirinya sambil menghulurkan sepiring buah-buahan yang diambil di meja sebelah.

Sarah menggeleng tanda tidak mahu namun tetap mengucapkan terima kasih. Soal tertib dan adab sopan perlu dijaga biarpun ada sedikit kurang selesa saat itu.

"Awak memang minat tengok drama Korea kan. Semua soalan awak boleh jawab?" soal Firul membuka bicara.

Sarah sekadar mengangguk tanpa sedikit pun berpaling kepadanya. Firul tanpa sedar mendekatkan dirinya dengan Sarah untuk mengambil cawan yang terletak sedikit kedepan daripada kedudukan mereka.

Bau minyak wanginya menusuk ke rongga hidung Sarah. Lantas jantungnya berdegup kencang. Dia pantas meletakkan tangan di dada sambil memejam mata, menikmati wangian yang indah itu.

"Woit, ambil air ke masak air ni?" Sergahan Safwan mengejutkan Sarah dari terus terbuai dengan kenangan lama.

"Awak, jom balik. Saya penatlah," bicaranya pendek sambil menghayunkan kaki ke arah meja untuk mengambil beg.

Apahal si Sarah ni, sejak dua menjak ni perangai semakin pelik. Tengah gelak-gelak, dia boleh termenung, getus hati Safwan. Sarah dilihat sudah menyandang beg kameranya.

"Maaflah Encik Firul. Tak sempat nak berbual panjang nak kena balik dah ni. Lagipun saya datang dengan Sarah," ucapnya sebelum mengundur diri. Namun kakinya terhenti apabila Firul bertanyakan sesuatu.

"Kawan awak tu kenapa. Hari tu saya jumpa elok saja?,"

"Entahlah Encik Firul. Sekarang ni perangai dia lain macam sikit. Mood dia dah macam cuaca, kejap hujan, kejap panas, kejap ribut. Bila ditanya, dia diam saja.

"Tapi saya tahu ada benda yang dia sembunyikan. Eh, saya gerak dululah ya, Tu dah cekak pinggang dah tu. Kalau lambat nanti, boleh kena tinggal saya," ucap Safwan sambil menunding jari ke arah Sarah yang sudah sedia di pintu masuk dewan tersebut.

Bagi Sarah, biarpun kita ada tujuh orang wajahnya sama dengan kita, ia tidak bermakna ia serupa serba serbi. Sarah mengeluh lagi.

Habis

DUA KALI CINTA, 7

BAB 7

Sarah membelek buku planner berwarna hijau yang sering dibawanya supaya mudah untuk mencatat butir-butir penting seperti nombor telefon ataupun tarikh jatuh hukum bagi kes mahkamah.

Bulan Julai ini, jadualnya tiada yang penting cuma ada seorang dua sahaja kawannya akan menyambut ulang tahun kelahiran.

Dia terus membelek helaian demi helaian sehinggalah ke muka surat paling akhir. Sekeping gambar di tarik keluar. Dia kemudiannya menatap lama gambar tersebut. Ada rindu bertamu dihati.

Entah kenapa hatinya terus terdetik nama Firul. Dalam sedar, rupa-rupanya sudah lebih tiga bulan kejadian dia hampir dilanggar dan diselamatkan oleh Firul berlaku.

Kalaulah awak boleh baca isi hati saya, tentu awak tahu betapa saya rindukan awak. Betapa saya sayang pada awak. Saya tak pernah menyesal bersama dengan awak walaupun hanya seketika. Bicara Sarah perlahan antara dengar dan tidak.

Foto tersebut terus ditatap tanpa berkelip. Hati jangan menangis. Pujuk Sarah sambil meletak tangan di dadanya. Suasana sunyi di pejabat waktu itu membuatkan dia hanyut dalam memori silamnya.

Bekerja pada hari Sabtu sememangnya sedikit sunyi kerana hanya dua, tiga orang sahaja yang bekerja. Malah assigment juga tidak sebanyak hari kebiasaan.

Lamunannya terhenti apabila mesin faksimili berbunyi menandakan ada kiriman faks yang akan masuk bila-bila masa sahaja.

Sarah terus menyimpan kembali foto yang ditatapnya di tempat asal sebelum bangun mengambil kertas yang keluar dari mesin faks tadi. Baru sahaja dia ingin membacanya, pintu kaca pejabat ditolak dari luar.

Dia terus berpaling. Terkejut bukan kepalang apabila susuk lelaki yang baru sahaja terdetik dihatinya muncul di depan mata.

Firul tersenyum manis. Salam diucapkan. Sambil mengesat peluh di dahi, dia mengeluarkan sekeping kad daripada beg sandang berwarna hitam.

"Maafkan saya. Cik...," Dia berhenti sambil menunding ibu jarinya kearah Sarah. Sarah masih membatu di situ. Tidak berkutip walau seinci.

Ya Allah, indahnya ciptaanMu ini. Dengan hanya mengenakan kemeja berwarna hijau muda dan seluar jaens berwarna hitam, Firul tampak sungguh segak dan kemas dimatanya.

"Cik...Cik..." panggil Firul berulang kali. Kali ini dia memetik jari di depan muka Sarah, barulah wanita itu tersedar. Cepat-cepat Sarah mengalihkan pandangannya ke helaian kertas yang dipegang tadi.

"Ada apa yang boleh saya bantu," Ujar Sarah tersekat-sekat. Dia terus berlalu ke mejanya dan cepat-cepat menaip sesuatu di komputernya.

"Saya nak hantar kad jemputan untuk malam menghargai media, Selasa minggu depan. Cik...," Firul menghentikan bicaranya. Wanita itu dilihat masih tekun dengan kerjanya.

Dia kemudian melabuhkan punggungya di sebuah kerusi kosong bersebelah wanita itu, walaupun tidak dipelawa untuk duduk. Wajah wanita itu dikerling sekilas. Manik-manik peluh sudah membasahi dahi dah hidungnya.

Firul ketawa. Sarah terus berhenti menaip. Terus dipandang ke arah Firul yang sedang menunduk itu.

Rambut yang menutup sebahagian dahinya dikuak ke atas. Firul terus mengambil sebatang pen yang ada di dalam mug di atas meja Sarah.

"Kalau saya ambil pen ini dan buat harta, Cik Sarah nak jentik dahi saya tak?" Eh, mamat seorang ni kenapa. Salah makan ubat ke apa tiba-tiba tanya soalan macam itu.

Sarah terus memegang dahinya. Eh, yang aku pegang dahi ni kenapa pula. Aduhai, kenapa kau ni Sarah. Dia terus menurunkan tangannya. Behave yourself dear.

Firul ketawa lagi. Lalu kertas yang ditampal di kalendar meja dicabut sebelum ditunjuk kepada Sarah.

 'Ini semua Sarah punya. Kalau ada yang teringin nak kena jentik kat dahi, silalah rembat'.

Tulisan yang menggunakan pen marker berwarna merah itu dilihat dengan mata yang semakin bulat. Sarah garu kepala tanda malu dengan nota berkenaan. Ini kerja Safwan and the geng la ni. Suka mengusik.

"Eh, ini bukan kerja saya. Kawan-kawan suka mengusik. Diorang punya kerjalah ni," nafi Sarah bersungguh-sungguh. Mukanya sudah panas, pipinya sudah tegang menahan malu. Jagalah kau orang, seorang demi seorang aku jentik dahi nanti.

"Comellah joke kawan-kawan awak ni. Sweet sangat," puji Firul jujur. Kertas tadi dilipat dan diserahkan kepada Sarah. Sarah terus pura-pura sibuk kembali.

"Jemput datang ya Cik Sarah. Jangan lupa bagitahu rakan-rakan yang lain. Saya harap dapat jumpa Cik Sarah lagi," ujar Firul sambil meletakkan kad jemputan itu di atas meja Sarah.

Setapak lagi Firul menghampiri pintu, Sarah memanggilnya. Biarpun dalam nada yang cukup perlahan, dia tetap dapat mendengarnya. Dia berpaling dan menunggu butir bicara pemilik nama Sarah Arisha itu.

"Terima kasih sebab selamatkan saya dulu. Maaf sebab pergi tanpa ucap terima kasih," ujar Sarah lambat-lambat. Firul hanya melemparkan senyuman.

"Bagi nombor telefon awak," ucap Firul terus mengeluarkan telefon bimbit samsung galaksi notenya. Sarah buat muka pelik. Dia diam seketika.

"Senang nak call kalau ada apa-apa hal. Lagipun senang saya nak tuntut balasan sebab dah tolong awak kan," selorohnya namun tiada tanda-tanda ingin menyimpan semula telefon bimbitnya itu.

Sarah mengeluh. Lambat-lambat dia mengeluarkan kad namanya yang ada di dalam laci sebelum diserahkan kepada Firul.

"Terima kasih. Nanti saya call, jangan tak angkat pula. Ingat tau, you owe me twice," ucap Firul sebelum berlalu meninggalkan Sarah yang semakin terpinga-pinga itu.

You owe me twice...sejak bila jadi twice ni. Bukan sekali je ke dia tolong aku?...aduhai...

Habis

Friday, October 26, 2012

Korea...kidariseyo!!!.....

Salam...

Salam aiduladha kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..maap zahir batin atas segala salah dan silap zahir dan batin ye...

Weih...itu tajuk entry kali neh...YES..i'm going to korea...haha..flight pukul 11.30 malam neh..KLIA to Inchone International, Republic of korea...dan dijangka touch down pukul 7.10 pagi keesokan harinya..

teruja dan gementar..nebes neh!!!...haha...nak buat ape pegi sane?...hahaha..orang raya haji sebok g mekah yg along neh sebuk g korea (itu dialog muk2)...

saje je..nak tengok tempat orang..nak melawat dan belajar budaya negara yang terkenal dengan muzik kpop dan kdrama yang merbeles...

Rasa teringin untk ke negara kelahiran Kang Ma Ro (watak dalam Innocent Man dilakonkan oleh Soong Jong Ki yg sedang menjadi oppa terbaru i..haha)...

Ya..saya nak buang sesuatu di sana...jauhkan..yelah..takdelah saya mudah kutip balik kalo buang di sini..haha..suspen tak?..kah2..(tetibe je jadik mistik..haha)...

Doakan semuanya berjalan lancar ye chingue...amin...

Na khal Kya (saya pergi dulu)...haha..prektis neh...

Sarangheyo...

Jou neun Haniza Imnida..Bangapsumida...




Sunday, October 21, 2012

DUA KALI CINTA, 6

BAB 6

MIMI  sedikit terkejut melihat bilik Sarah yang berselerak dengan kertas dan kepingan gambar yang diatur satu persatu di atas lantai.

Dia memandang sekilas pada sahabatnya yang ketika itu sedang menyandar di bahagian penjuru katil. Di tangan wanita itu terdapat sekeping gambar dan poskad yang sedikit renyuk.

Kelihatan Sarah waktu itu seperti kebingungan. Tiba-tiba terbit rasa simpati terhadap si bulatnya itu. Tanpa berlengah, dia terus mengambil tempat di sini Sarah.

Matanya di tala ke muka Sarah yang sedikit basah. Tahulah dia bahawa, insan yang ada di depannya itu sedang menanggung rindu yang tidak berkesudahan itu.

Hatinya dipagut hiba. Dia terus menarik Sarah dalam dakapannya, Dan tanpa perlu diduga, Sarah terus menghamburkan tangisannya sambil diiringi sedu yang panjang.

"Menangislah jika itu cara terbaik untuk kau hilangkan sakit di hati kau. Aku sentiasa ada untuk kau," Mimi mengusap lembut belakang badan Sarah yang masih terhincut-hincut melayan tangis.

"Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan dia. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang pesan. Dia tinggalkan aku tanpa ucap selamat tinggal. Aku sendiri tak tahu kat mana salah aku.

"Dan hari ini, entah kenapa, bayangan dia silih berganti dalam memori aku. Sakit sungguh dugaan ini Mimi," hiba Sarah semakin menjadi-jadi. Malah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

"Aku tahu apa yang kau rasa sebab aku pun ada situasi macam kau. Tapi aku nak kau tahu yang aku kuat disebabkan semangat kental kau. Aku kuat sebab aku ada kau.

"Dan aku nak kau kuat sebab kau ada aku. Kita sama-sama hadapi dugaan ini dan percayalah, Allah itu tidak menduga hambaNya dengan perkara di luar kemampuan kita," nasihat Mimi bersungguh-sungguh.

Wajah Sarah yang lenjun dengan air mata itu ditatap sekali lagi. Tangannya ligat menyeka sisa-sisa air jernih yang masih menuruni pipi wanita itu.

Dia sebenarnya ingin sama menangis dek kerana hiba selepas mendengar luahan hati Sarah. Namun sekiranya dia menangis sama, Sarah mungkin berterusan dengan tangisnya.

Mimi menghela nafas perlahan. Digengam tangan Sarah dengan erat kemudian dengan senyuman yang diukir mekar dibibir, dia menjentik dahi sahabatnya itu.

"Sakitlah," Sarah terus menggosok dahinya sedikit merah itu. Sempat juga dia menjeling ke arah Mimi yang semakin giat ketawa.

"Cukup sesi curhat untuk kali ini. Kita tutup sesi air mata ini dengan semangat juang untuk mengorak langkah dengan lebih bersemangat," Mimi bingkas bangun. Tubuh Sarah ditarik supaya berdiri bersamanya.

"Aku rasa kau kena diet sikitlah. Makin bulat pula aku tengok," Sarah menjegilkankan sedikit matanya selepas mendengar kata-kata Mimi. Dia merengus sambil berjalan menghentak kaki menuju ke ruang tamu.

"Ha sentap. Ni bilik yang dah macam tongkang pecah ni sapa nak kemas?. Pandai buat sepah, time nak kemas je hilang. Baik kau kemas sekarang sebelum aku bakar semua kenangan kau ni," Ugut Mimi apabila melihat Sarah sudah membelek koleksi cd drama korea yang tersusun di penjuru kanan dinding di ruang tamu rumah tiga bilik itu.

Sebaik sahaja mendengar ugutan Mimi, Sarah bingkas bangun dan berlari masuk semula ke dalam biliknya. Kepingan gambar, poskad dan surat lama itu dikumpulkan semula sebelum dimasukkan ke dalam kotak berbentuk hati berwarna merah berbintik putih yang sudah ditutupi debu tebal.

Sesekali dia merungut sendiri apabila melihat Mimi yang berdiri tegak bagaikan 'mem besar' yang sedang memantau tugas pembantu rumah membuat kerja.

"Tolonglah sekali takkan jadi penonton saja," pinta Sarah sambil tangannya ligat menyusun gambar satu persatu ke dalam album.

"Barang kau, bukan barang aku," terus Mimi berlari meninggalkan Sarah yang sesekali menenyeh hidungnya yang sedikit gatal dan sudah mula berair itu.

Ha...padan muka kau Sarah, dah tahu diri tu alah pada habuk, gatal tangan pergi selongkar stor cari kotak kenangan tu kenapa?. Alahai hidung...



JARUM jam dinding yang dipaku elok bersebelahan bingkai gambar dia dan Mimi sudah menginjak ke angka sembilan. Dia sudah melentukkan kepala beralaskan bantal kusyen mengadap skrin TV.

Mimi pula sudah sejam memerap di dalam biliknya. Mimi tu kalau tak baca novel, sure mengadap lap top tengah layan manga versi dalam talian. Kalau tidak ditegah, mahu sampai subuh baru dia tidur. Ralit sungguh dengan hobinya yang satu itu.

Baru sahaja matanya ingin lelap, telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja bergetar sebelum lagu Venus, nyanyian kumpulan otai Korea, Shinhwa memecah sunyi.

"Nak apa call anak dara orang malam-malam ni?" Tanpa salam, Sarah terus menembak si pemanggil. Seperti selalu, hanya ketawa besar yang kedengaran.

"Cepat keluar. Saya ada suprise untuk awak ni," Safwan menutur bicara sambil keluar dari keretanya. Talian dimatikan. Dia menyandarkan tubuhnya di sisi Honda Civic hitam. Tidak sabar menanti kemunculan Sarah di hadapannya.

Dia mengukir sebaris senyuman apabila mengingatkan rajuk Sarah Arisha siang tadi. Tanpa sedar, perilakunya diperhatian Sarah dari dalam rumah.

Tudung hitam yang sedia tersangkut di kerusi makan disarung ke kepala. Baju sejuk berwarna putih milik Mimi yang ada di kerusi sama diambil dan disarungkan ke tubuhnya bagi menutup baju tidur tanpa lengan penuh dengan watak kartun doraemon itu.

Tanpa berlengah, dia membuka pagar grill dan menyarung selipar jepun berwarna biru sebelum menapak satu persatu menghala ke arah Safwan yang masih dengan senyumannya.

"Nak apa datang rumah orang malam-malam ni. Dah tu senyum tersengeh-sengeh. Tak makan ubat ke?" Bidas Sarah selepas Safwan yang leka dengan senyumannya seperti tidak menghiraukan kehadirannya di depan lelaki itu.

"Untuk awak," bungkusan ais krim sunday strawberi yang terletak elok di dalam plastik lutsinar berlogo McDonald itu dipandang dengan penuh minat.

"Nak ke tak nak?" Soalnya Safwan sekali lagi. Kali ini dia menayang-nayang plastik itu di depan mata Sarah. Dia tahu wanita di hadapannya itu kalah kepada ais krim tambahan pula sunday strawberi.

"Kalau taknak, saya habiskan. Sedapnya ais krim ni," goda Safwan lagi. Kali ini siap dengan bunyi 'slurp' lagi.

"Tak nak. Nanti gemuk," Rajuk Sarah sambil tarik muka. Tawa Safwan meledak kala itu.

"Eleh, merajuk konon. Janganlah merajuk dinda. Penat kanda beratur beli makanan kegemaran dinda ni," okey, Safwan sudah mula berpujangga bagai depan rumah anak dara malam-malam ni.

Sebelum ada mata yang mengintai di sebalik tirai kamar, baik aku perambat si Safwan ni balik. Tak fasal timbul gosip kurang enak di kawasan taman perumahan ini nanti.

"Ambillah dinda. Dinda yang comel lagi gebu," ucap Safwan sambil disulam dengan tawa yang panjang.

"Sengallah awak ni. Sudah, baliklah. Malam-malam buta datang rumah anak dara," Lantas plastik bertukar tangan. Sarah mula senyum tersipu-sipu. Terharu la konon ada orang bagi ais krim.

"Thanks awak," ucapnya lembut. Hilang rajuk di hatinya. Safwan hanya mengangguk.

"Jumpa awak esok kat office. Selamat malam bam-bam sayang. Assalamualaikum," ucap Safwan sebelum memasuki perut kereta. Enjin dihidupkan dan cermin tingkap diturunkan untuk memudahkan dia melambai Sarah.

Sarah mengetap bibir. Tak habis-habis panggil orang bam-bam. Macamlah dia tu kurus sangat.

Dia menghantar Safwan dengan pandangan yang sungguh gembira. Dalam suasana dingin itu, dia mengucap syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan dia memiliki dua insan yang sentiasa ada di sisinya setiap masa.

Mimi, Safwan, aku beruntung ada kau orang. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Silanya di kemaskan di hadapan TV. Butang alat kawalan jauh ditekan satu persatu.

Oyeh, masa untuk kartun kegemarannya. Hagemaru sudah bersiaran. Indahnya malam ini. Layan kartun sambil makan ais krim. Indahnya dunia.

END

DUA KALI CINTA, 5


BAB 5

"Awak, cepat sikit boleh tak? Saya ada assigment lain ni. Nanti terkejar-kejar pula," Laung Safwan yang sudah berdiri bersebelahan kereta Proton Saga Hitam milik Sarah yang yang dipakirkan di seberang jalan.

Tidak mahu membiarkan Safwan menunggu lama dan bimbang amarahnya yang tiada hujung pangkal itu kembali menjelma, Sarah berlari-lari anak untuk mendapatkan lelaki itu yang sedang menyimpan beg kamera di bahagian penumpang.

Dalam terkocoh-kocoh itu, Sarah melintas jalan yang sedikit lengang itu tanpa melihat kiri dan kanan. Biarpun sedikit lengang, ia tidak bermakna tiada kenderaan. Tidak semena-mena, sebuah kereta myvi putih meluncur laju melalui jalan itu.

Waktu itu, kakinya sudah tidak jejak ke tanah lagi. Badannya melayang ke arah bahu jalan. Matanya dipejam kejap, membiarkan badannya rebah menyembah bumi.

Safwan berlari ke arahnya. Namun dalam nada yang tercungap-cungap itu dia sempat meminta maaf atas kecuaian Sarah kepada pemandu kereta tadi. Mujur pemandu itu sempat membrek kenderaannya dan mujur juga ada seseorang menarik dia ke pinggir jalan.

Eh, seseoranglah. Seraya itu, Sarah toleh ke belakang. Dia terpempan. Matanya yang sedikit sepet itu dibulatkan selepas terkejut melihat Encik Firul terduduk di belakangnya.

"Cik okey?" Soalnya dalam nada risau. Sarah hanya mengangguk, ucapan terima kasih yang sepatutnya diucap bagaikan tersekat di kerongkong.

Entah kenapa air matanya mulai bergenang. Sumpah, kemalangan itu sedikitpun tidak meninggalkan kesakitan di mana-mana bahagian badan namun dia sendiri gusar dengan makna air mata ini.

Sememangnya dia ingin menangis saat ini, Terasa seperti ada beban yang cukup berat sedang dipikul. Terasa pundaknya sudah tidak mampu menanggung lagi. Setitis demi setitis ia mengalir di pipi mulus Sarah.

"Awak, kenapa ni? Sakit kat mana? Jom kita pergi klinik," Safwan sudah semakin risau melihat Sarah berkelakuan begitu. Dia membantu wanita itu bangun, begitu juga dengan Encik Firul.

"Awak okey tak?" Soal Safwan lagi. kala itu Sarah sekadar mengangguk sambil menyeka lelehan air mata di pipi. Semakin laju pula air jernih ini mengalir.

Dia kesima apabila Encik Firul menghulurkan sapu tangan berwarna biru muda kepadanya.

"Untuk Cik buat lap air mata tu," katanya sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Sarah. Apa lagi, bertambah lebatlah air mata wanita yang sememangnya berhati tisu itu kali ini.

Sarah, kau dah kenapa ni. Kenapa hari ini sendu tak tentu hala ni. Sabar Sarah, sabar. Jangan buat malu diri sendiri.

Sapu tangan yang dihulur Encik Firul dibiarkan sahaja. Entah kenapa dalam dirinya tiada keinginan langsung untuk menerimanya. Eh, ni sudah dikira melanggar adat drama TV ni.

"Awak, saya nak balik," Ujar Sarah kepada Safwan dalam sendu yang masih bersisa.

Safwan memimpin rakan sekerjanya itu sehingga ke kereta. Namun, sebelum dia memasuki perut kereta, sempat dia menoleh ke belakang, melihat raut wajah Encik Firul yang masih menggengam sapu tangan tadi.

Sarah sekadar memberi isyarat anggukan kepala tanda ucapan terima kasih dan selamat tinggal. Dia membalasnya dengan senyuman yang sedia mekar seperti tadi.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Safwan  berkali-kali bertanya kepada Sarah sama ada ingin ke klinik atau tidak. Jawapan wanita itu hanya gelengan kepala. Keadaan diriya yang sedikit beremosi itu membuatkan dia hilang mood untuk bercakap.

Kereta yang dipandu Safwan menyusuri jalan raya dengan kelajuan sederhana. Dalam suasana sunyi itu, Sarah cuba memejamkan mata, menenangkan jiwa dengan segala gelodak rasa yang tiada noktah itu.

"Awak, nak makan ais krim," katanya tanpa sedar dan tidak menoleh sedikitpun kearah Safwan. Biarpun begitu, dia sempat menjeling dengan ekor mata dan melihat lelaki itu tersenyum menampakkan baris giginya yang putih.

"Kita pergi drive thru McDonald jela ya. Nak Sunday Strawberi la tu," kata Safwan memberi cadangan. Sarah mengangguk laju tetapi masih tiada niat untuk kembali senyum.

Tiba-tiba jemari runcing Safwan hinggap di pipi Sarah dan seraya itu, bahagian kanan pipi itu dicubit sebelum ditarik-tarik lembut. Sarah terkejut lalu menepis kasar. Dia kemudian memukul bahu lelaki itu dengan sepenuh perasaan.

"Sakitlah awak," adu Safwan sambil menggosok bahunya yang sedikit perit. Namun dalam pada itu, dia tetap tersenyum kerana Sarah sudah kembali normal dan menjadi dirinya.

"Sejak bila awak dapat lesen nak cubit saya? huh!" dengusan Sarah sudah cukup menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan tindakan Safwan yang baginya agak keterlaluan dan yang paling penting...sakitlah mangkuk!

"Eleh, tanya kita pulak, yang dia tu sejak bila dapat lesen nak pukul-pukul kita," tukas Safwan sambil menahan tawa.

"Awak...," Sarah bagaikan naik hantu. Bahu lelaki itu dipukul bertalu-talu sambil sesekali mencubit ganas. Akibatnya kereta mereka sedikit terhuyung hayang dibuatnya.

Safwan terus ketawa sambil menepis pukulan Sarah yang sesekali mengenai stereng kereta. Adegan 18SG itu hanya terhenti apabila ada beberapa kereta membunyikan hon selepas melepasi kenderaan yang dinaiki dua insan itu.

"Kan dah kena hon. Padan muka. Lepas ni jangan haraplah ada orang nak masuk meminang awak, sudahlah bulat, ganas pula tu," ucap Safwan sambil mengurut bahunya berkali-kali.

Mendengar sahaja bicara Safwan itu, Sarah terus memalingkan muka, memandang ke luar tingkap. Dia memeluk tubuh tanda merajuk dengan kata-kata lelaki tinggi lampai itu.

"Kita balik terus. Hilang selera nak makan ais krim," katanya dalam nada tidak puas hati, Hakikatnya waktu itu, dia sememangnya sangat teringin untuk menikmati manisan sejuk kegemarannya itu.

Namun dek usikan Safwan yang kedengaran sedikit sinis itu membuatkan dia meminggirkan seleranya dan memilih untuk mogok.

"Lah, tadi beria nak makan ais krim, Ni dah tak nak pula. Awat cheq," Soal Safwan hairan.

"Takut gemuk," kata Sarah ringkas dan yang pasti mengundang tawa di bibir Safwan. Merajuklah ni. Alahai Sarah, cium nanti baru tahu.

End

Friday, October 19, 2012

DUA KALI CINTA, 4


BAB 4

Hari ini Sarah ditugaskan untuk pergi ke majlis pecah tanah hotel baru di Meru Jaya pukul 11 pagi. Juru gambarnya pula Safwan Adli. Sudah menjadi kebiasaan antara mereka sekiranya ditugaskan untuk assigment yang sama untuk pergi bersama-sama.

Apatah lagi apabila mengenangkan Sarah yang terkenal dengan jolokan ratu sesat antara rakan media yang lain. Sememangnya wanita itu mempunyai masalah dalam mengingat jalan walaupun tempat itu sudah dua kali dikunjungi.

Tidak mahu mengambil risiko lambat ke tempat assigment, mereka bergerak 30 minit awal. Sarah sedikit lega kerana Safwan tahu lokasi majlis pecah tanah tersebut.

Sepanjang perjalanan mereka hanya diam membisu. Sesekali Safwan menyanyi perlahan mengikut rentak lagu yang diputarkan di radio kereta. Sesekali dia menguap dan mengeluh malas. Ah itu memang tabiat dia. Semalam pergi jamming dengan kawan-kawanlah tu.

"Pergi jamming ke semalam? Soal Sarah memulakan bicara. Sungguh dia tidak betah terus membatu dan membiarkan suasana sepi wujud antara mereka. Rasa sungguh janggal.

"Erm," Itu sahaja yang dibalas Safwan, Eh mamat ni kenapa, kena sampuk dek hantu ke apa. Orang tanya dia boleh jawab sepatah sahaja. Takpa, kita cuba sekali lagi.

"Jamming dengan siapa?" Soal Sarah lagi bagi memancing bicara Safwan. Namun jawapannya tetap sama.

"Dengan kawan,". Aduhai ayat. Sarah sudah membuang pandangan ke luar tingkap.

Malas untuk terus membuka bicara. Matanya dipejam seakan tidur walhal dia sudah terlebih tidur semalam.

Dia lebih rela mengira kenderaan yang lalu di atas jalan raya daripada terus melayan angin puting beliung si Safwan ni. Kau nak merajuk tak tentu fasal ya. Meh sini aku ajar cara yang terbaik.

Sebaik sampai di lokasi, Sarah terus keluar dari kereta tanpa menunggu Safwan seperti selalu. Pada kebiasaannya, mereka akan berjalan seiringan dan kadang kala Sarah akan membawa beg kameranya yang berat itu jika lelaki itu pura-pura malas.

Tetapi hari ini Sarah mengorak langkah dahulu. Ditinggalkan Safwan di belakang walaupun dia tahu bahawa lelaki itu sedikitpun tidak mengejarnya untuk menyamakan rentak perjalanan.

Kau ni kenapa kawan. Safwan yang buat perangai, kau yang nak merajuk bagai?. Monolognya sendiri di dalam hati.

Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang, seakan sesak nafas seketika dan debaran itu semakin kuat. DIa berhenti seketika sambil mengurut dada. Nafas dihela perlahan. Dia membongkok sedikit sambil menampar lembut dadanya.

'Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba rasa berdebar tak tentu fasal. Rasa macam tak sedap hati,' getus hati kecilnya.

Sewaktu dia ingin memulakan langkah, Safwan menghampiri dan dengan riak wajah penuh kerisauan dia memaut lengan wanita itu. Membawa Sarah ke sisinya.

Sarah tergamam seketika. Kejap sungguh pegangannya sehingga dia dapat rasa lengannya sakit dicengkam tangan sasa lelaki berusia 27 tahun itu.

"Awak lepaslah. Tak manis orang tengok," rayu Sarah perlahan sambil sempat melemparkan senyuman kepada rakan-rakan yang sudah mula berbisik.

"Daripada awak jatuh atau pengsan, lebih baik sakit saya pegang," katanya kasar. Safwan meneruskan perjalanannya menuju ke meja pendaftaran media.

Tangan kirinya masih kekal di lengan Sarah. Sewaktu Safwan tekun menulis nama di buku pendaftaran, Sarah melilau memerhati sekeliling. Meninjau rakan-rakan yang tersedia tersenyum. Mula nak mengusikla tu. Jadi lauk la aku hari ini.

"Dah, jom. Saya dah tulis nama awak sekali," ujarnya masih terus mengheret Sarah ke tempat duduk media. Dia menghela nafas panjang. Cuba mentafsir berkali-kali relevennya tindakan Safwan.

"Kenapa dengan Safwan tu Sarah?," Soal wanita yang dipanggil Kak Su, wartawan daripada RTM.

"Entah kak. Waktu on the way ke sini lagi dia senyap saja. Lagaknya macam marah saja tapi saya takda buat salah apa dengan dia lagipun semalam saya offday memang takda jumpa dia pun nak bergaduh," terang Sarah kepada Kak Su.

Safwan sudah mengambil tempat bersama rakan-rakan jurugambar dari media lain. Waktu yang berbaki sedikit itu digunakan untuk meneliti siaran akhbar yang disertakan bersama tentatif program.

"Awak dengan Safwan ni ada apa-apa ke?" Bagaikan nak tersedak Sarah dibuat dek pertanyaan Kak Su. Dia memandang wajah wanita itu tanpa berkedip.

Akhirnya ketawa Sarah meletus.

"Takdalah kak. Kami kawan je,". Alahai ni baru seorang yang bertanya. Belum rakan-rakan yang lain. Takpa Sarah, kita bagi jawapan stareotaip. Biar konsisten sepanjang masa. Haha..

Dia kembali meneliti kertas kenyataan akhbar yang ada ditangannya sekali lagi. Namun sejujurnya fikiran melayang entah ke mana. Memikirkan perihal Safwan dan pertanyaan Kak Su serta Mimi.

Lamunan terhenti apabila pengacara majlis memulakan acara dengan menjemput Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Starlight Development, Datuk Bakri Abdullah untuk memberi ucapan aluan.

Starlight Development merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terkenal dalam bidang perhotelan. Kumpulan berkenaan mempunyai beberapa rangkaian hotel di Kuala Lumpur malah masing-masing sebuah di Johor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Majlis pecah tanah kali ini merupakan pembinaan bangunan hotel ke dua mereka di Perak. Bangunan setinggi 20 tingkat itu dijangka siap sepenuhnya penghujung 2014 dan akan melalui beberapa fasa pembinaan.

Majlisnya cukup ringkas dan pantas. Usai ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Osman, para media dibawa melawat tapak projek sebelum memulakan sesi sidang akhbar.

Pada sesi sidang akhbar tersebut, wakil media diperkenalkan dengan barisan Ahli Lembaga Pengarah syarikat dan pengarah anak syarikat yang akan bekerjasama dalam merealisasikan projek hotel tersebut.

Seperti biasa, sidang akhbar berlangsung kira-kira setengah jam dalam suasana yang cukup santai. Itu permintaan Datuk Bakri sendiri yang mahukan suasana santai dan tidak terlalu formal.

Usai sidang akhbar, para media dijemput untuk menghadiri jamuan makan tengah hari yang disediakan pihak penganjur. Sarah mengambil tempat di sebelah Aida, wartawan Sinar Harian manakala Safwan duduk disebelahnya.

Sedang dia menyenduk nasi ke dalam pinggan, meja mereka didatangi seorang lelaki lengkap memakai suit hitam berkemeja putih. Dia menyapa dan memohon maaf atas kelewatannya untuk sampai ke majlis tersebut atas urusan lain.

Sebaik mendengar bicaranya, Sarah menoleh ke arahnya dan tanpa sedar sudu yang berisi seketuk ayam masak merah terlepas daripada gengaman. Nafasnya sudah turun naik. Mukanya sudah pucat lesi.

Degupan jantung juga tidak perlu dibicarakan lagi. Ibarat ingin melompat keluar. Betul atau khayalan atau mainan perasaan. Sarah tidak berhenti bermonolog sendiri.

Mata Sarah masih tertancap pada raut wajah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Firul, pengurus bahagian perancangan dan pemasaran Syarikat Starlight Development.

'Senyumannya, wajahnya dan tutur bicaranya saling tak tumpah seperti dia,' gumam Sarah sendiri.

Aida mengiku lengannya. Baru dia tersedar dan kala itu Firul sudah menghilang daripada pandangan. Safwan terus menyenduk lauk ayam masak merah yang lain ke pinggan yang masih tidak berisi lauk itu.

Dia sekadar melihat tindakan lelaki itu. Otaknya kosong kala itu. Safwan kemudian menyenduk kuah dalca pula dan mengarahkannya supaya segera makan kerana dia mempunyai tugasan lain selepas ini.

Sarah hanya menuruti tanpa membantah. Lauk ayam masak merah yang jatuh tadi dikutip lalu diletakkan di atas pinggan pengalas sudu dan garpu. Kesan minyak kuah sambal itu sedikit terpalit pada lengan baju kemeja yang dipakainya.

"Sarah okey tak?" Sapa Kak Su sambil rakan-rakan yang lain menumpukan perhatian kearahnya. Dia sekadar mengangguk tanpa bicara.

Tidak berhenti di situ, Dalam pada itu dia tetap melilau mencari kelibat Firul namun tidak kelihatan di ruang makan. Dia kemudiannya terus bangun untuk mencari di luar dewan namun Safwan sudah berdiri tegak dihadapannya.

"Jom balik," arahnya pendek. Dia lantas mengambil goodies bag dan beg tangan Sarah sebelum menyuruh agar rakannya itu berjalan di depannya.

Sebelum pergi meninggalkan majlis tersebut, Sarah sempat bersalaman dengan rakan-rakan yang lain tanda mengucap selamat tinggal.

"Kenapa dengan budak berdua tu?," itu suara Aida. Biarpun agak perlahan namun Sarah dapat mendengarnya dengan jelas.

"Entah," jawab Kak Su pula.

End