Wednesday, April 25, 2012

Selamat tinggal Abang Khairul...

Salam... Sekitar pukul 8 pagi tadik, aku terpana seketika saat menerima panggilan telefon daripada yong yati yang memberitahu arjuna kesayangannya itu telah kembali dijemput Illahi. Hati kala itu bagaikan berhenti berdenyut...nafas yang ditarik bagaikan tersekat di kerongkong...arjuna yong dah takde...

 Dia meminta aku untuk mengemas bajunya yang ditinggalkan di sepanjang dia tinggal sementara bersama ku untuk menjaga abang khairul di hospital. Saat terpandang wajahnya di bilik mayat HSA, aku diserbu rasa sebak..riak wajahnya penuh dengan duka...linangan air matanya tidak kering-kering..mengalir saban waktu biarpun disapu berkali-kali.

Dalam sebak itu die tetap beristifar panjang..mengucap kalimah Allah sambil memotivasikan diri supaya redha dengan ujian Allah.. Dalam pada itu juga...kenangan dia bersama abg khairul diungkap satu persatu...aku yang mendengarnya hanya mampu menahan sebak..agar tiada air mata yang tumpah kerana aku mahu dia kuat.

 Arjuna yang memilik cinta yong itu adalah lelaki yang dicintainya empat tahun lamanya..lelaki yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah marah..sentiasa membuatkan orang senang dengan perilakunya. Mereka sedang merancang untuk ke gerbang perkahwinan hujung tahun ini..persiapan perkahwinan juga sudah diatur satu persatu..malah cincin tunang juga sudah dibeli dan 'disorok' daripada pandangan mata yong...

Namun, pada 11 April lalu..arjuna yong ditimpa kecelakaan apabila motor yang ditungganginya itu terlibat dalam satu kemalangan kira-kira pukul 11 malam berhampiran Petronas Berserai, Batu Pahat. Seawal menerima pengkhabaran itu, yong sudah longlai..menangis..tidak mahu makan. Namun minggu kedua kunjungannya ke HSA..saban malam dia bercerita bahawa arjunanya sudah menunjukkan tindak balas positif. Ade garis senyuman di bibirnya.

Namun, Isnin lalu..masih dengan linangan air mata, dia menelefonku memberitahu dia kini berada di Tangkak dalam perjalanan ke HSA untuk menjenguk arjunanya. Perjalanan tiga jam itu dirasakan sungguh lama..masakan tidak, sms yg diterima dari kakak arjuna bahawa buah pinggang sudah rosak, jantung lemah benar-benar menyesakkan dadanya.

Dan semalam kemuncaknya apabila dia memberitahu arjuna hatinya kini kritikal..tekanan darahnya semakin menurun. kala itu aku hanya mampu mengucap sabar semoga dia terus tabah.

Pagi ini, Mohd Khairul Adha Taib kembali menemui Penciptanya pada pukul 7.50 pagi. Meninggalkan keluarga tersayang dan ratu hatinya. Semoga Abang khairul tenang di sana yer..Alfatihah...buat yong..Tidak Allah takdirkan sesuatu mlainkan dgn hikmah, tidak didtgkan kesakitan dn kesedihan mlainkan dgn pahala..semoge terus tabah..nangis la puas2 hari ini but please...janji dengan orang..jgn nangis lagi esok..lepaskan abg khairul pegi dengan tenang yer..

Dia arjuna yong dan akan sentiasa menjadi arjuna yong..yong kene kuat..bangun dan semangat yer..yong masih ada kami yang lain..

Monday, April 16, 2012

~27~

Salam..

Alhamdulillah...16 April menjelma lagi dan disambut dengan penuh kesyukuran kerana Allah masih memberikan aku peluang untuk terus bernafas, menghirup udara yang sama dan memandang langit biru seperti kalian yang lain.

Mengakui ia sekadar nombor, namun ia bukan suatu angka yang biase kerana tambah lagi 3 tahun dah 30 umuq kami...h0h0..nmpak gayenye bakal melalui fasa akhir 20an yang sungguh mendebarkan..kah2..

Tiada ape spesialnye tahun ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum..masih sama seperti dahulu...yg mengembangnya cume badan..haha...

Harapan angka 27?...erm...

>>Terus menyayangi dan mencintai orang-orang disekeliling terutama family dan kawan-kawan.
>>Memohon supaya Allah terus mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada aku dan keluarga..
>>Semoga terus dibawah lindunganNya dan mendapat hidayah sepanjang masa dariNya.
>>Terus diberi peluang untuk menghirup udara dan memandang langit biru.
>>Semoga Allah memurahkan rezeki dan memakbulkan segala doa dan harapan aku dan mereka yang disayangi.
>>Semoga mak dan adik2 dapat keberkatan dan diberi kesihatan yang sempurna olehNYA.
>>Semoga Allah memakbulkan doa emak untuk dapatkan menantu terbaik bukan sahaja daripada aku tetapi dri 2 lagik srikandi...(hahaha)..serius2...
>>Semoga sinar kebahagian terus bergemerlapan dalam diri ini...
AMIN...

Selamat hari lahir yang ke 27 haniza hassan.

Salam sayang..
katak hijau (16 april)

Thursday, April 12, 2012

~Lebihnya dia...kurangnya saya...~

Salam..

warghh...depan kpop melanda jiwa..haha...orang laen dan masuk dimensi baru dh dalam arena demam kpop neh..tapi aku?..baru nak masuk gear..apelah..haha..

Tapi percayelah..sume neh akan bersifat sementara jer..but dengar lagu korea..YES..n FYI..skrng neh pun tgh dengar koleksi lagu group FT Island..tak tau nape..tapi mmg suka sgt ngan group tuh..suara besh..lagu pun besh..boley layan la walau tak paham...hehe

Dah tutup cite kpop..haha..bukan cite cinta harian kita...beberapa kejadian yang terjadi di sekeliling aku baru-baru ini..datang seorang rakan mengadu..kekasihnya begini..kekasihnya begitu..mengapa dia tidak seperti ini..mengapa dia tidak seperti itu..dan mengapa dia tidak macam pakwe orang lain..dan yang takleh tahan..apsal die tak macm pelakok cite korea tuh..yg perfect serba serbi..

jawapan aku senang jer..sebab pakwe korang bukan si polan yang dimaksudnya..pakwe korang adalah pakwe korang..dia bukan Jung Yong Hwa, Lee Mih Hoo ataupun ramai lagi pelakon korea yg top2..

Dan aku bertanya pade pengadu..apsal yang kekurangan pakwe yang dicarik..apsal tak cuba melihat kelebihan yang ade pade si arjuna...kalo kekurangan yang dicari maka kita nampak la kurangnya...

Cuba bukak mata dh cari lebihnya si pemilik hati itu..korang sure akan rasa 'senang' dengan dapatan korang..dan dalam sedar itu..kelebihan arjuna itu akan melengkapkan kekurangan korang..

Cakap memang senang kan..tapi tak salah kite mencuba kan..inilah konsep terima seadanya..sekiranya kekurangan itu dilihat boleh dibaiki secara bersama..tak salah kita saling tolong menolong demi keutuhan sebuah ikatan kan..

Jangan dibangkitkan isu kurangnya engkau dan lebihnya aku..atau apasal ko tak mcam pakwe orang lain..jom sama2 berusaha untuk mencari yang terbaik buat pelengkap kekurangan dan menguatkan kelebihan...hehe...

Salam sayang..

katak hijau...