Saturday, February 5, 2011

SaYa TewaS laGi....



salam...

ye betul tajuk seperti di atas...saya tewas lag buat sekian kalinya.
sedey memang sedey sebab tak berjaya berdiri dengan apa yang telah dipasak di minda.
sayangnya saya yang hancurkan benteng itu.
saya akui memang saya salah.

Dia menelefon saya pada minggu lalu.
Permulaannya saya tidak mengenalinya apatah lagi dia menggunakan nombor lain.
Saya agak tersentap bile die memperkenalkan diri sebagai kekasih saya.
namun saya betulkan kepada kepada bekas kekasih...dan dia hanya ketawa..
tidak mahu berbicara di hadapan orang lain, saya berjanji akan menghubunginya pukul 11 malam

Pada pukul 12.30 malam baru hati saya tergerak untuk menelefonnya hanya kerana janji yg telah saya ukir tadik.
Permulaan kami sedikit hambar. mungkin setelah 7 bulan tidak bertanya khabar dan berbicara soal kehidupan masing-masing.
Bicara saya terhenti bile die mengutarakan ingin bertunang raya cina ini.
Hati sedikit dipagut pilu. Sedih kerana impian saya sudah sampai ke penghujungnya.

Namun bicaranya sedikit berbaur sedih. lantas diteruskan dengan ayat.."kami dah putus. dia bakal dinikahkan dengan anak kawan baik ayanhnya. Uda sedih tapi sedikit geram, kenapa dia tak bertegas dengan ayahnya...

Dan saya kala itu hanya mampu mengucapkan sabar dan terima takdir Allah dengan redha.
Percaturan kita tak seindah perancangannya. Dan saya akui saya bagaikan tiada perasaan kala itu.
Sedeykah?...gembirakah??? atau....mungkin hilang rasa...

Biarpun begitu, saya tetap nasihatkan dia supaya bersikap rasional dan berjumpa dengan ayah wanita itu lalu menerangkan keadaan sebenar.
kata saya...sayangnya hubungan sudah mencecah ke angka 6 tahun itu ingin dinoktahkan dengan cara sebegitu. Masih ada ruang untuk mencari bahagia biarpun di saat akhir.
Jangan jadik masa saya...lapan tahun menganyam rindu..namun hasilnya tiada..

Dia terdiam seketika.. sebelum berkata, uda sudah paham apa yg along rasa selama ini. uda mintak maap.
Dan saya tanpa sedar mengukir sebaris senyuman tanpa sempat dimengertikan maksud senyuman itu...

sepanjang empat jam perbualan, dia seakan memberi harapan pada hubungan kami yang lalu. Namun bicara hati saya ia hanya sebuah sandiwara bagi menutup duka dihatinya.
Saya ingin kembali kepada misi yang sudah saya pasak diminda bahawa saya bukan untuk dia lagi.
Terlalu banyak kisah duka berbanding ceria di antara kami. Soal jodoh saya serahkan sebulatnya kepada Yang Maha Esa.

Selepas perbincangan itu, saya langsung tidak menelefonnya atau menghantar walau satu sms..saya ingin kembali kepada bicara saya dahulu. Kisah kami harus dinoktahkan segera..

buat dia..saya doakan moga dia dapat apa yang dia cari
doa saya moga dia bahagia biar dengan siapapun.

Salam sayang..
katak hijau