Thursday, December 31, 2009

gOOd ByE 2OO9..weLcoMe 2010...

SalaM...

Pejam celik pejam celik..lagi beberapa jam lagi tirai 2009 akan melabuhkan tirainya..maka 'kuntuman' 2010 akan membuka kelopaknya satu persatu..mencatat segala cerita yang terlakar baik suka mahupun duka.

Bagi aku 2009 terlalu pahit untuk dikenang..terlalu menghiris untuk diungkap malah terlalu derita untuk diulang kembali...biarlah 2009 berlalu pergi..jika dihimpunkan segala cerita terlalu banyak pahit daripada suka..terlalu banyak air mata terpaksa dikorbankan sepanjang 2009..

Dilakar satu persatu..sesak nafas untuk mencerakinkannya satu persatu. Namun apa yang boleh disimpulkan 2009 banyak menguji emosi dan ketahanan mental aku..sehinggakan aku terfikir mudahnya aku menjadi hamba pada perasaan sendiri.

Aku gembira..namun hanya luaran..aku ketawa..namun ia hanya lakonan..aku menyanyi demi sebuah harapan..namun..dalam diam aku sendiri..aku tewas sebelum berjuang. Aku gagal melakar kehidupanku..

Di mana untukku mencari semangat yang hilang itu?? Di mana harus ku selongkar demi untuk satu kekuatan yang hanya pinjaman??..Bila ku temui..ia hanya bertahan buat seketika sebelum lenyap di bawa derita yang bertimpa..

Benar, percaturan kita tak seindah takdirNya..biar sebaik mana perancangan..andai tidak diperkenan olehNya, maka ia tidak akan terjadi. Namun, Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

Namun aku masih diberi kekuatan olehNya..aku masih dikurniakan ibu dan adik2 yang sentiasa berada di sisi...aku dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa memahami aku terutama fina..dengan dia aku berkongsi apa sahaja..baik suka mahupun duka..dengan aku tidak segan2 menangis..mengalirkan air mata hanya kerana sekeping hati yang buta untuk 'melihat'..

Untuk 'hati' itu..sekian lama aku menanti..jenuh menangguk..namun kesudahannya hanya hampas semata-mata...terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada coretan ceritera hidup aku..terima kasih kerana benar-benar mengucar kacirkan hati aku..

tapi aku ingin kau tahu bahawa hati ini tidak pernah berdendam dengan mu..malah setiap sujudku..aku tidak pernah terlupa untuk mendoakan kebahagianmu..ditemukan dengan insan yang tercipta untukmu..

Soal aku janganlah engkau persoalkan..aku akan tetap menjadi aku seperti mana yg kau kenali dulu..biarpun kisah kita hanyalah sekadar picisan yang bila2 sahaja boleh dibawa angin lalu..

semoga 2010 membawa cerita yang berbeza..amin,,...

Salam sayang..
katak hijau...

Tuesday, December 22, 2009

Sedikit terguris...

Salam...

Hari nie office ade buat meeting akhir tahun..mcm biasalah...sume benda akan dibincangkan mase meeting...sehingga kisah dua tahun lepas pong dibangkitkan sama...biasalah..manusia...yg tak elok tuh diingt smpai mati yang baik..tak sah tunggu setahu, 2 3 jam kompem leh lupe...
memang dasar!!!!...

namun ape yang aku boleh simpulkan drpd meeting tuh ialah ada segelintir manusia yg berckap nak menangkan diri sendiri..tak pernah nak mencari kesalahan pad diri sendiri..bercakap semacam dia kalis dari kesalahan..bercakap mcm die kebal dengan keburukan...tanpa die sedar dia adalah punca masalah...

bercerita kononnya mengharap apa yang dicakap dpt menyelamatkan keadaan tanpa die sedar apa yg die ckap hanya menambah kebencian yang tersedia ada untuk die...memberi pendapat kononnya mampu menjernihkan kekusutan sedangkan die tidak tahu apa yg diutarakan pasti akan berbalik kepadanya juga..

Malah hati ini sedikit terguris dengan telahan seorang manusia itu bahawa apa yg dilakukan adalah terdapat konspirasi..hey manusia..hati ini hanya mengikut arahan sahaja...apa yg terjadi adalah berdasarkan arahan yg dikeluarkan oleh yg paling besar dlm opis ini...tak sangka rupa2nye rezeki yg diperolehi suatu ketika dahulu dijadikan agenda berbangkit untuk mengungkit kisah lama...rezeki yg diturunkan kepada hati ini dipertikaian..

Ya Allah...aku bersyukur dengan setiap rezeki yang Engkau turunkan buat ku.. sesungguhnya keberkatanMu yang aku inginkan dalam hidupku...Ya Allah...luaskanlah pandanganku..lebarkan jalan lurus buatku..sesungguhnya hati ini sangat ingin menjadi hambaMu yang taat..sesungguhnya hambamu ini sering mengimpikan keredaanMu..

Ya Allah...sesungguhnya aku sedar, diri ini terlalu jauh menyimpang dijalanmu...terlalu tersasar dilandasan yang tersedia indah buatku...berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambamu yang ikhlas pada setiap perbuatan yang dilakukan...Kau berikan aku dan keluarga ku kehidupannya yang sewajarnya untuk kami terima..

salam sayang..
katak hijau

Monday, December 21, 2009

bile katak melompat dari tempurung....

Salam..

Baru nak belajar buka blog..setelah berusaha dengan gigihnyer..akhirnya lahirlah katak hijau panggil hujan..

kenapa nama tuh?? jawapannyer..sebab aku suke sangat karakter katak..softoys katak..tapi tak suke pade katak yg origenal...haha..

Harap2 la lembaran neh boleh jadik peneman yang sentiasa bersedia menerima aku seadanya...

salam sayang...
katak hijau