Friday, October 19, 2012

DUA KALI CINTA, 3

BAB 3

Loceng jam katak kesayangannya sudah lebih lima kali berdering. Itu tidak kira alarm clock yang diset di telefon bimbitnya. Rasanya lebih enam kali punat merah itu ditekan.

Sarah mengeliat malas, namun masih kekal di atas perbaringan. Malas sungguh nak bangun tambahan pula bila off day. Namun, laungan Mimi yang serupa Mak Lampir itu sungguh membingitkan.

Apatah lagi bila dia mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Silap hari bulan boleh tertanggal daun pintu ni dibuatnya. Sarah berlalu malas menuju ke muka pintu.

Tombol dipulas perlahan, sebaik pintu terbuka sedikit, terjojol kepala Mimi sambil mengarah Sarah untuk cepat bersiap supaya mereka boleh bersarapan bersama.

Jam di dinding baru pukul 8.30 pagi, bagi Sarah ia masih awal untuk suasana hari cuti.

"Awal lagi nak sarapan pun. Bagi la can aku bangun lambat. Kau ni kalah mak akulah," Omelnya meminta simpati sang sahabat.

"Banyaklah. Cepat bangun. Safwan ada hantar sarapan pagi tu. Dia beli nasi lemak kegemaran kau dengan sambal sotong. Karipap pun ada. Kalau kau lambat, aku bedal dulu," tingkah Mimi sambil menolak pintu bilik.

Dia bersandar di dinding, sempat pejam mata barang seminit dua. Si Mimi sudah mengemas tempat tidurnya, malah langsir tingkap bilik juga sudah disisip kemas.

Seraya itu, panahan cahaya matahari pagi menerobos ke segenap ruang bilik.Serpihan cahaya itu turut menjamah setiap inci wajah gebu Sarah sehinggakan dia tidak mampu untuk terus diam di dinding itu lagi.

Tuala yang sedia tersangkut di kepala kerusi meja tulis terus diambil sebelum menuju ke bilik air.

Usai mandi dan bersiap, Sarah bergegas ke meja makan. Tudung saji disingkap sedikit. Bau nasi lemak daun pisang menyerbu ke rongga hidung. Erm...sedap sungguh, terus perutnya berkeroncong.

Baru tangannya berkira-kira nak mencubit telur dadar di bawah tudung saji itu, Mimi terus menarik rambutnya yang ingat sanggul satu itu.

Akibat daripada tindakan Mimi, kepala Sarah sedikit terdongak. Perit juga rasa kulit kepala ini.

"Sakitlah. Suka sangat tarik rambut aku ni kenapa?,"

"Cepat duduk, sejuk dah nasi lemak ni. Safwan kirim salam, dia suruh kau rehat secukupnya. Apa-apa roger dia," Mimi mengambil duduk di depan Sarah.

Bungkusan nasi lemak di letakkan di dalam pinggan sebelum dihulurkan kepada Sarah.

"Buang tabiat apa si Safwan ni. Baik semacam je. Kau ada cakap apa-apa kat dia ke?" Soal Sarah musykil.

"Ada. Semalam masa kau pengsan, dia ada call kau tanya pasal keterangan gambar. Aku bagitahu dia yang kita kemalangan dan kau pengsan sebab tengok darah.

"Dia nak datang klinik tapi aku tak bagi sebab taknak menyusahkan dia. Itu yang pagi-pagi lagi dia datang sini hantarkan sarapan. Katanya alang-alang dia nak pergi assigment," terang Mimi panjang lebar.

"Ooo. Patutlah. Pelik juga sebab takda hujung pangkal, alih-alih hantar sarapan lagi," kata Sarah bersahaja. Mimi terus memukul tangan sabahatnya itu dengan sudu.

"Orang nak buat baik dengan kita, apa salahnya kan. Ni tak, kau persoalkan pula kebaikan dan keihlasana dia. Kalau dia dengar kecil hati dia nanti," Sela Mimi atas tindakan bersahaja Sarah.

Sarah akhirnya meneruskan menikmati makanan tanpa sedikitpun melawan bicara dengan Mimi. Lagipun tak elok bertekak depan rezekikan.

Kebisuan antara mereka terasa sangat panjang walhal kebisuan antara mereka diam hanya seminit dua sahaja. Mimi dilihat leka membelek akhbar Kosmo! yang semenangnya dilanggan setiap hari.

"Kau ada ambil nombor telefon orang yang aku langgar semalam tak?. Aku nak bayar duit baju yang dia belikan," tanya Sarah memecah sunyi yang hanya seketika itu.

"Aku ada mintak tapi dia kata kalau ada jodoh kau dan dia pasti jumpa suatu hari nanti. So aku just let go jelah. Tapikan..." Ayat Mimi terhenti di situ.

Sambil mengurut dagu persis mengirai janggut di dalam drama TV, dia seakan cuba mengingatkan sesuatu kerana matanya ligat memandang ke kiri dan ke kanan.

"Aku macam pernah nampak muka dia. Rasa wajah dia tu mirip seseorang yang dekat dengan kita. Tapi aku tak sure di mana dan siapa yang mirip dengan dia tapi aku sure muka dia mengingatkan aku pada seseorang...tapi...," Banyak pula tapi minat seorang ni.

Minah ni memang short term memory sikit. Cepat pelupa, banyak makan semut ni. Sarah tidak mengiyakan kata-kata Mimi walaupun terbit sedikit curiga tentang mangsa yang kena langgar semalam. Hatinya terdetik tentang seseorang kerana bayang lelaki semalam persis pemilik kisah silamnya...

Kisah silam?...suspen tak? Belum masa untuk diceritakan lagi. Sabar ya...

"Apasal kau tak pernah bagi peluang pada Safwan erk?" Soalan Mimi nyaris buat nasi lemak yang hampir separuh dikunyah tersembur.

Sarah menepuk dada, seraya itu Mimi menghulurkan air teh o suam yang sudah sedia di tuang di dalam mug.

Dia ketawa geli hati. Tiada angin, tiada ribut si Mimi boleh terlintas bertanyakan soalan yang sudah sekian lama tidak ditanyakan kepadanya.

Sebelum ini, dia sering mengutarakan pertanyaan dan hujahan mengenai teori bahawa Safwan menaruh perasaan terhadap Sarah. Namun dia tidak sedikitpun ambil pusing mengenai perkara tersebut.

Dia mengenali Safwan bukan setahun dua, malah sudah lebih empat tahun mereka berkawan. Dia seorang sahabat yang sangat disayanginya. Dia peramah, bertolak ansur, gentleman dan paling penting caring.

Pendek kata, kalau ikut list lelaki pilihannya, ciri-ciri itu semua ada pada Safwan. Tetapi seperti kata orang, cinta itu tidak boleh dipaksa dan kalau jodoh tak ke mana.

Argh..jika nak diceritakan kebaikan si Safwan ni, masuk bab baru pun belum tentu habis. Tapi tulahkan, pintu hati dia tidak terbuka lagi untuk Safwan mahupun sesiapa lelaki lain.

"Dia baik tapi aku tak tahu bila masanya aku boleh cintakan dia. Kalau aku terima atas dasar kesian, aku pasti hidup dalam rasa bersalah yang teramat sangat.

"Jadi, aku biarkan kepada takdir untuk mencorak pola hubungan aku dengan Sahwan. Kalau jodoh aku dengan dia, aku tidak menolaknya," jawabnya bersahaja bukan tidak pernah ambil berat namun rasanya ia bukan keutamaan sekarang.

"Safwan tak pernah cakap dia sukakan aku pun. So aku tak pernah rasa dia ada feeling dengan aku. Kami kawan baik dan sahabat sejati," kata Sarah lagi.

"Kau rasa lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik, sahabat selamanyakah? Soal Mimi lagi. Minah ni memang suka bikin mood orang terbanglah.

"Babe, tiada yang mustahil dalam dunia ni.Just goes with the flow," ucap Sarah ringkas seraya bangun membawa pinggan nasi ke sinki.

"Aku rasa dah tiba masanya kau bagi peluang dan ruang kepada diri sendiri untuk mencari dan menerima cinta. Umur kau bukannya muda lagi. Sudah lebih suku abad.

"Takkan kau nak tunggu mak kau paksa kau kahwin baru kau sibuk nak cari cinta," Sarah hanya tersenyum mendengar bicara Mimi. Nasihat orang konon, dia pun still single, ada hati nak jadi pakar motivasi.

Sarah berhenti seketika membasuh saki baki pinggan yang ada dalam sinki, lalu dia berpaling ke belakang memandang Mimi dengan penuh senyuman meleret.

"Apa beza antara kau dengan aku?" Soal Sarah sambil menunding jari ke arah Mimi yang masih tekun di meja makan sambil mengunyah kuih karipap.

Mimi terdiam sambil menggaru kepala yang tidak gatal sebelum menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Takda bezanya sebab kau dan aku masing-masing single dan kau lagi teruk rasanya sebab masih menanti seseorang sampai dah masuk tahun ke lapan.

Menunggu bila la si bulan nak jatuh ke riba," ujar Sarah sambil memeluk tubuh.

Mimi terkedu seketika. Agak kejam kerana Sarah mengungkit kisah lamanya namun ia wajar untuk menyedarkan dia tentang hakikat cinta matinya kepada Naim yang tiada penghujung itu.

"Aku lain Sarah..." Tanpa sempat Mimi meneruskan bicaranya Sarah lekas membuka mulut.

"Tiada beza antara kita babe. Masing-masing masih tebal dengan cinta lama kan. Masing-masing masih kekal dengan pencuri hati kita. Jadi cara terbaik adalah kita redha dan buat masa ini aku lebih selesa untuk tumpu pada family dan kerjaya aku," kata Sarah lagi.

Mimi mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanda faham akan bicara mereka. Biar masa yang menentukan sejauh mana cinta dalam hati masing-masing mampu bertahan.

End



No comments:

Post a Comment