Saturday, September 29, 2012

DUA KALI CINTA, 2

SETELAH sepuluh minit mengharungi hiruk pikuk kota raya, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Padahal kedai makan Cik Salmah Gebu tu hanya beberapa tapak dari rumah. Malas nak berjalan punya pasal, sanggup bazir minyak kereta ke kedai makan yang terkenal dengan Gulai Lemak Putih Ikan Bawal itu.

‘Ramailah pulak manusia. Selalu time macam ni takdalah seramai sekarang. Dah macam ada pesta keramaian pulak,’ omel Sarah perlahan.

Dalam ralit menyaksikan kedatangan pelanggan yang luar biasa itu, jeritan Mimi memecah sunyi antara mereka.

“Ya Allah, apa yang aku buat ni. Apasal mamat ni lintas jalan tak tengok kiri kanan. Apa, dia ingat nyawa ada jual kat kedai pajak gadai ke,” kata Sarah dalam nada geram.

Mimi memandang sekilas kepada Sarah, dengan mata yang mencerlun, dia memukul bahu wanita itu. Malam ni asyik kena pukul saja.

“Kau yang salah tau tak. Mata tengok kiri, kereta jalan ke depan. Kesian mamat tu, berterabur nasi dia.” Mimi terus keluar dari kereta dan mendapatkan lelaki itu.

Gila kejam kalau aku terus membatu dalam keretakan?. Sarah pun keluar dan mendapatkan lelaki yang sedang memegang kepala dan mengerang kesakitan itu.

Dan saat itu Sarah nampak ada cairan merah meleleh di celah jari jemarinya biarpun hanya bersuluh dengan lampu kereta. Mimi kelihatan sudah menggelabah bertanya itu ini kepada lelaki berkenaan.

Sarah? Kakinya bagaikan sudah dipasak di sisi kereta. Tidak berganjak walau seinci. Matanya hanya terarah kepada lelehan cairan merah yang semakin laju.

Tanpa sedar, tangannya sudah mengurut dada, nafas sudah turun naik, pandangan pula hitam, pekat, kelam...dan saat itu hanya mendengar suara Mimi sayup-sayup memanggil namanya.


SUASANA sekeliling cukup asing baginya. Bilik kecil yang menempatkan sebuah katil setinggi pinggul dan beberapa meja penuh dengan botol-botol ubat diamati Sarah dengan penuh kemusykilan.

Apabila melihat seorang gadis comel memakai pakaian jururawat, barulah Sarah sedar yang kini berada di klinik dan kejadian yang berlaku sebentar tadi terus tertayang di ruang minda tapi ia hanya sekelumit.

Mendengar sahaja suara Mimi, Sarah bingkas bangun dan mendapatkan sahabatnya yang sedang bercakap dengan seorang lelaki mungkin doktor bertugas di klinik tersebut.

"Chingu, bukan tadi aku langgar orang ke? Nih apasal aku yang terbaring dekat sini, mana mangsa? Dia okey tak?," Soalnya bertalu-talu. Tiba-tiba rasa bersalah menyerbu ke segenap tubuh.

Mimi dilihat hanya tersenyum dan melangkah ke arah Sarah sambil diiringi Doktor Akmal, ya nama yang tertulis di tag nama dan tersemat kemas di kot putih bersih yang dipakainya.

"Cik Sarah rasa macam mana sekarang?. Masih rasa pening dan ada rasa mual-mual tak?" Ujar Doktor Akmal sambil mengeluarkan stetoskop untuk memeriksa Sarah.

"Eh, saya dah okey doktor. Dah boleh balik dah pun. Lagipun bukan saya yang kemalangan, saya tukang langgar je, mangsa orang lain," Ada nada tawa di hujung ayat yang diucap Sarah.

Seraya itu, Mimi memukul lengan Sarah dan menjuihkan bibirnya. Doktor Akmal turut sama ketawa. Wah, ada lesung pipitlah. Comel!.

Sarah, fokus-fokus, bukan masanya nak menyemai benih suka di hati ya.

"Kau kan, kalau tak menyusahkan aku memang bukan Sarah Arisha kan. Dah tahu kau mabuk darah yang pergi tengok tu kenapa. Tak pasal-pasal orang yang kau langgar tu terpaksa usung kau ke sini," cerita Mimi sambil mengusap lembut bahu Sarah.

Sarah angkat kening sebelah, tetiba feeling Ziana Zain la pulak. Jari telunjuk ditala ke muka sendiri.

"Ya, lelaki tu usung kau bawak masuk dalam kereta, siap pangku kau lagi. Nak bagi dia drive, aku tak sampai hati sebab kepala dia dah cedera. Nanti tengah dia drive, tiba-tiba dia pitam, dengan aku, kau semua ke laut," kata-kata Mimi menerbitkan rona merah di wajahnya.

Malu seh! Tanpa sedar, Sarah menekup muka dengan dua belah tapak tangan. Doktor Akmal terus dengan tawanya. Semakin galak pula.

"Kalau aku stay dalam kereta, nanti orang keliling cakap aku kejam, tak berhati perut. Aku ingat dia tak luka mana-mana sebab rasanya aku drive takdalah laju mana.

"Keluar je kereta, aku nampak dia tengah pegang kepala, lepas tu aku nampak darah apalagi selamat tinggal dunia la jawabnya," ujar Sarah membela diri. Tetapi itu memang perkara sebenar yang berlaku waktu itu.

'Hasrat dalam hati ingin membantu kerana kejadiaan berpunca daripada aku, jadi sudah semestinya menjadi tanggungjawab aku untuk membantu' gumam Sarah sendirian.

Mimi sudah memeluk tubuh, memandang Sarah dengan muka mencerlun seakan sahabatnya itu melakukan kesalahan membunuh yang disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

"Aku tak sengaja Mimi. Sumpah demi Allah, aku memang tak perasan dia melintas, alih-alih dia dah tersungkur cium jalan. Argh, kau pun ada waktu tu kan," Sarah membela diri lagi.

Mimi mencekak pinggang pula. Dia mengeluarkan baju tshirt berwarna ungu berlengan merah jambu dari plastik yang terletak di atas kerusi bersebelahan katil.

"Dah aku melawak je la. Masing-masing salah. That man pun tak buat report sebab dia cakap dia pun salah, dia nak cepat sebab nak kena attend meeting tergempar. That why dia pun lintas tak tengok kiri kanan.

"Cepat salin baju tu. Lepas tu kita balik atau kau nak makan dulu?," Mimi menyerahkan baju berkenaan kepada ku lantas Doktor Akmal menunjukkan bilik persalinan untuk Sarah menukar baju.

Baru dia perasaan bahawa di bahagian pinggang dan lengan baju yang dipakainya sekarang terdapat tompokan darah kering, tidak banyak hanya sebesar penumbuk.

Sebelum baju itu disarung ke badan, Sarah membelek persalinan itu berulang kali, Masih bau kedai, ini bermakna masih baru, namun puas dicari tanda harga tidak kelihatan.

Sarah mengambil bungkusan plastik baju itu lalu mencari di dalamnya, manalah tahu ada resit pembelian, nanti senang nak bayar balik kepada Akmal.

Hampa sekali lagi, plastik kosong...eh, ada sekeping nota kecil bertulis tangan berbunyi 'Sorry...you owe me - Tita-'.

Baju itu didakap lembut, dapat baju barulah, jimat duit, tak payah ajak Mimi pergi shopping esok. Sarah ketawa lagi namun baru sahaja dia ingin meledakkan tawa jahatnya, Mimi sudah mengetuk pintu bilik. Spoillah minah ni...huh!.

"Salin baju ke jahit baju. Cepatlah, klinik nak tutup dah ni. Ni bukan klinik 24 jam," suara lantang Mimi sudah kedengaran.

Sarah cepat-cepat menyarungkan baju itu ke badan lantas memulas tombol pintu dengan ganas tanda protes sambil tunjuk muncung panjang sedepa.

"Haa..buat muka, aku tanjoi bibir tu jadi sanggul mak dara baru tahu," ujar Mimi sambil menjentik dahi Sarah. Ini semua pengaruh drama korea, tiap kali merajuk je bukan Mimi hendak pujuk, alih-alih dahinya dijentik.

Bila Sarah mempersoalkan tindakannya, alasan yang diberi mudah, itu tanda sayang dia kepada Sarah, Macam hero sayang heroin dalam drama Korea. Euwwwwww!!!

"Mie, keronsang tudung aku yang bunga putih merah aku pakai tadi mana? Kau simpan ke?. Mimi terus menoleh ke arah Sarah.

"Mana aku tahu. Tercicir kot kat tempat tadi. Tak pun ada dalam kereta. Nanti kita carilah," ucap Mimi terus menghilangkan diri di sebalik tirai plastik memisahkan ruang rawatan dan bilik belakang.

"Terima kasih doktor. Kami balik dulu and sorry ya sebab kami klinik ni kena tutup lambat. Tapi jangan serik terima pesakit macam kami," ujar Sarah bersopan santun.

"Pesakit macam kau bukan macam aku. Terima kasih ya doktor," potong Mimi bersahaja.

Hilang soal makan, selera juga sudah mati. Dalam lemah longlai dan fikiran yang bercelaru, mereka pulang ke istana impian dan beradu dengan amannya.

Esok pasti dia akan menyoal Mimi dengan lebih lanjut...Gumawo chingu...Jal ja (Terima kasih kawan, Selamat Malam).

End...

No comments:

Post a Comment