Sunday, September 23, 2012

DUA KALI CINTA , 1



Nama aku Sarah Arisha Amran, berusia 26 tahun dan bekerja sebagai wartawan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu dan kini bertugas di biro Perak. Merupakan anak sulung daripada empat beradik dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Budak bulat tapi sedikit comel..haha

Baru setahun jagung dalam bidang kewartawan dan masih perlu belajar banyak perkara tentang selok belok dunia jurnalist yang penuh dengan cabaran dan perkara yang di luar dugaan.

Eh, aku bukan sekadar wartawan hiburan, tetapi apabila bertugas di state, kami kena buat semua benda baik dari tinjauan longkang, jenayah sampailah ke perihal politik dunia.

Walaupun hati dan fizikal aku kadang kala tidak mampu menampung kehendak cabaran yang ada dalam dunia kewartawanan, aku tetap berusaha untuk memenuhinya kerana bagi aku hidup perlukan pengorbanan...hehehe..

Itu perihal pekerjaan, soal kehidupan pula, aku biasa-biasa sahaja atau bahasa orang zaman sekarang 'like-like aje'. Yelah tiada apa yang menarik kerana hidup aku hanya berkisar tentang kerja dan memerap di rumah bila off day.

So tidak hairan bila ada kawan-kawan yang menggelar aku sebagai "Sarah si lone ranger". Aku tidak ambil kisah perkara berkenaan kerana memang aku begitu.

Biarpun begitu, kawan-kawan selalu cakap aku ni ganas dan kasar, suka tampar orang bila bercakap. Suka cubit orang bila bersembang dan gelak kalah Mak Lampir. Tak pernah nak cover perangai.

Tetapi semua tak tahu yang aku juga punyai sifat manja dan inginkan perhatian seperti wanita lain di luar sana. Chewah...

Kepantangan aku pula...eh aku pun ada pantang jugalah. Jangan selongkar barang-barang peribadi aku. Kalau ternampak, sila abaikan sahaja, jangan nak memandai sentuh, cuit pun jangan, okey?...garang ni...

Masa lapang pula, aku lebih suka stay kat rumah sambil merehatkan diri dengan membaca novel atau menonton dvd terutama drama korea. Seharian menyaksikan wajah comel bintang-bintang hallyu itu sudah cukup memeriahkan hidup aku.

Hidup aku bertambah rencah bila housemate aku merangkap kawan baik aku si Mimi Rozana juga berkongsi minat yang sama, jadi kami akan berkongsi cerita terbaru sehinggalah gosip tentang seseorang artis itu.

Eh itu tidak bermakna kami tidak menyokong industri seni negara sendiri. Kami layan juga tengok filem Malaysia tambahan pula kalau yang berlakon itu adalah Aaron Aziz dan Shaheizy Sam.

Soal cinta pula, ermmm...terlalu awal kot untuk diceritakan kisah sedih yang tidak pernah aku lupa tetapi yang pastinya sekarang aku sedang merangka misi mencari cinta baru...hehehe...yelah tu..aja-aja fighting Sarah!.

============================================================
BAB 1

"Chingu, esok off day kan?" Soal Mimi sewaktu menyambut kepulangan Sarah selepas seharian bertungkus lumus menyiapkan laporan khas mengenai penternakan kupang.

"Yup chingu. Penatlah hari ini. Rasa nak tercabut jari mengetuk story. Nasib baik si Safwan nak temankan aku sampai siap story," Ceritanya sambil melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Mimi.

"Chingu, esok nak lepak kat rumah ke nak menjelajah pusat beli belah?" Chingu merupakan perkataan Bahasa Korea yang bermaksud kawan. Oleh kerana mereka selalu layan cerita Korea sedikit sebanyak terjebak untuk menggunakan perkataan negara tersebut.

"Lepak kat rumahlah, lagipun aku rasa minggu ini tak sempat nak bernafas, tak cukup tangan menyiapkan special report.

"Alasan, bukan ke bos kau dah bagi arahan pasal story tu dah seminggu ke? Kau yang suka tangguh kerja, nasib badanlah," Mimi memintas bicara tanpa sempat Sarah habiskan ayat penyata berkenaan.

Sempat Sarah menghadiahkan jelingan tajam kepada Mimi yang leka menekan punat remote control siaran televisyen kala itu.

"Yelah, salah aku. Semua salah aku kan? Kau tau tak kalau tak pasal aku temankan kau pergi dinner syarikat semalam, rasanya story aku dah siap pagi-pagi lagi," Balasnya laju tanpa berpaling walau sejenak ke arah Mimi.

Namun waktu itu Mimi sudah gigit jari sambil menepuk dahi lantas buat muka kesian.

"Alah Chingu..Mianhe..jeongmal Mianhe (maaf, maaf sangat-sangat)," rayu Mimi sambil sekali lagi buat muka kesian. Remote televisyen diambil lantas punat off peti empat segi itu ditekan. Dengar radio aman sikit kepala otak ni.

"Argh...takda maaf bagimu," Sarah ketawa terbahak-bahak manakala Mimi sudah memberikan cubitan sepit ketamnya di pipi gebu kawan baiknya itu. Sarah mengaduh manja. Ala saja-saja buat sakit, nak meriahkan suasana.

“Kau apasal erk. Suka sangat cubit pipi aku. Kau memang sukakan saham aku susut sikit demi sikit kan?," Sarah menampar lembut tangan Mimi, biarpun lembut tetap merah jugalah kesannya.

Mimi ketawa berdekah-dekah mendengar rungutan Sarah. Biarpun sahabatnya seorang ini suka membebel dan menyubit, dia tetap menyayanginya ibarat seperti adik beradik biarpun berbinkan orang berbeza. Saranghye chingu...hehehe...

“Sarah, kau nak tahu tak kenapa aku suka buat kau marah? Sebabnya aku suka tengok muka kau yang tembam itu. Bila kau marah pipi kau macam kena pam, macam kuih pau,” berderai tawa Mimi lagi.

Laju tangan Sarah menghadiahkan cubitan manja buat sahabat baik itu. Namun semuanya sia-sia kerana ia hanya membuat Mimi menambah volume dalam nada tawanya. Sekali dengar macam Pontianak daaa….

Saat itu Sarah hanya tersenyum. Biarpun acap kali didengar bait bicara Mimi yang tak jemu mengusik, hatinya tetap gembira ibarat ada taman bunga tuliplah.

“Kau ni kan suka sangat senyum sorang-sorang. Dari kecil sampailah sekarang suka sangat senyum sendiri. Dah tu orang tanya taknak share..lokek,”
Tangan Mimi pantas memukul lengan aku.

Lokek? Pergh bombastik siot ayat minah ni. Sarah terus ketawa namun bibirnya tetap mengaduh manja. Manja lagi..hahaha.

Sunyi seketika saat itu. Masing-masing melayan perasaan sambil ditemani alunan lagu runut bunyi (OST) drama bersiri korea He’s Beautiful atau You Are Beautiful.

Setiap hari jika tidak mendengar suara Jang Geun Suk ibarat tidak lengkap putaran hidup Sarah. Malah muka comel pemegang watak Hwang Tae Kyung dalam drama yang hit itu ditatap setiap hari.

Biarpun Mimi mentafsir watak Tae Kyung sebagai ego tak bertempat bagi Sarah lelaki kurus tinggi itu benar-benar menggugat tidur malam. Senyuman, lirikan mata dan segala yang ada padanya sungguh mengasyikkan. Parah angau si Sarah nih.

“Hey cik kak, kau dan fly ke Korea ke? Naik Boeing 747 kah?. Dari tadi aku tengok senyum memanjang. Kau nih spesis mahkluk Tuhan yang paling seksi…eh bukan makhluk Tuhan yang suka berangan ke?”.

"Babe, kau masak apa hari ini?" Soal Sarah memecah sunyi antara mereka. Baru dia teringat yang seharian dia hanya minum air mineral sahaja. Lapaq nasik...

Si Mimi boleh pula buat muka pelik. Sarah pula angkat kening tanda mengulangi soalan.

"Kau agak-agaklah bertanya pun. Aku kerja kan hari ini mana ada masa nak masak. Aku masak kat kedai mamak depan opis tadi. Apasal? Kau tak makan lagi ke?". Soal Mimi bersahaja.

Nasiblah dapat kawan spesies malas macam dia juga. Eh, bukan malas cuma tiada masa terluang. Hahaha..ayat penyedap hati.

“Alah kau tu, kalau cuti pun bukannya memasak.Jom makan, laparlah. Perut sudah berlagu indah nih. Jomlah,” Pujuk Sarah sambil buat muka comel bagi minta simpati kawan seorang ini.

"Kau tengok jam dinding cap ayam tu, dah pukul 9 malam kot. Tak takut gemuk ke?" Mimi buat muka ngeri pula.

"Aku dah memang gemuklah. Takyah nak risau pasal perkara remeh tu. Jomlah makan, lapar nih. Kau siap biar aku drive kereta kau.

“Owh, kereta aku la..

“Dah tu kau nak tunggu driver aku datang ambik? Dah cepat siap sebelum aku makan kerusi meja nih,” Arah Sarah bersungguh-sungguh.

Mimi akur namun sebelum bangun sempat dia menarik rambut Sarah yang ikal mayang ni. Belum kawannya itu buka mulut dia sudah buka langkah seribu. Takutlah tu kene kejar keliling kampung. Kampunglah sangat.

“Cepatlah chingu. Aku lapar sungguh nie. Bukan tipu. Kau jangan sampai aku menari poco-poco kat sini, nanti tak pasal-pasal Mak Cik Uda ajak joint group erobik taman ni. Cepat la mangkuk,” Sarah menjerit selepas 30 minit Mimi masih belum keluar dari biliknya.

Tanpa berputus asa, Sarah menjerit sekali lagi. Kali ini dengan nada yang berbeza. Berlagu sambil menggoncang tombol pintu bilik kawan baik seorang ni.

Namun belum masuk rangkap kedua, pintu bilik Mimi di kuak deras seraya itu bau wangi bertebar di segenap ruang.

“Wei, nak pergi tapau je, bukan makan kat situ. Kau neh bersiap mengalahkan nak pergi kenduri kahwin pulak,” Mimi hanya tersenyum. Langkah di atur mendahului Sarah yang sedikit ketinggalan.

Kunci kereta yang disangkut di tepi suiz lampu diambil lalu dibaling kepada Sarah.

Ibarat menangkap bola dalam perlawanan bola jaring, dia membawa gugusan kunci itu ke dada. Tudung ekpress berwarna hitam dicapai lalu disarungkan ke kepala.

Tanpa melihat cermin, Sarah terus berlari mendapatkan Mimi yang sudah menunggu di luar rumah.

“Kita makan terus kat sana. Jimat sikit bil air, takyah basuh pinggan. Kau tu dahlah pemalas, pinggan sebiji dalam sinki pun tak reti nak basuh.” kali ini giliran Mimi pula membebel.

Sarah hanya buat muka slamber. Malas ingin meneruskan perang mulut dengan Mimi apatah lagi desakan perut yang semakin meruncing. Dah macam-macam lagu keluar ni. Lapaq nasik, lapaq nasik.

end

No comments:

Post a Comment