Friday, September 7, 2012

Dia datang dalam mimpi saya....

Salam..

Minggu terkejut? agaknyelah..haha...banyak yang mengejutkan berlaku..lepas satu...satu perkara..rasa nak terduduk pun ada..menangis dalam kereta, sandar kepala pada streng, menyandar lesu sambil menghayati lagu korea yang sedey....aigooo..parah si katak neh...

Perkhabaran yang dibawa seseorang itu sungguh mengejutkan. Benar, ia suatu yang pasti berlaku namun tidak disangka secepat itu. >> hey u, kena jangan menangis lagi okey...baek!!!!...

Semalam...sebelum melelapkan mata, tangan di angkat separa dada, menadah ke atas, terus suara sayu terbit dari kerongkong, Ya Allah, ini dugaanMu padaku. Ini kasih sayangMu padaku. Aku redha dengan takdirMu. Berilah aku kekuatan untuk berdiri di depannya dengan sebaris senyuman, amin.

Mata terus ditutup. Ingin belayar di dalam lautan mimpi. Owh...sambil memeluk si jantung hati, purple berry. Tiba-tiba....jeng jeng....Deruan enjin kereta mengejutkan dia yang sedang leka mengelamun di laman rumah. Figura yang baru sahaja keluar dari kenderaan itu amat dikenalinya.

Dia berdiri sambil membuang pandangan ke arah susuk tubuh itu. Benar, terbit rasa sayu pada pandangan yang bertembung antara dua pasang mata itu. Dia berpaling membelakangkan lelaki itu. Baru sahaja kakinya melangkah meninggalkan perkarangan halaman, namanya diseru berkali-kali.

Dia berhenti seketika, namun tidak berpaling. Derapan kaki lelaki itu jelas kedengaran memijak simen. Tanpa sedar, hatinya menghitung jejak satu persatu.

Terasa seperti sudah dekat, dia menghayunkan kakinya dengan pantas, melangkah memijak tangga untuk masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti sekali lagi apabila tangan lelaki itu singgah menggengam erat lengannya.

Dia masih tegar untuk tidak berpaling melihat lelaki itu. Ditepis tangan sasa lelaki itu perlahan. Mereka bungkam bersama. Diam seketika. Semilir angin bertiup perlahan waktu itu cukup melengkapkan senario sendu antara mereka.

"Maafkan saya," ucap lelaki itu perlahan. Terbit keluhan di bibirnya. Lelaki itu menginjak setapak lagi, menghampiri dia yang tercegat seperti patung cendana itu.

"Maafkan saya atas segala yang berlaku," ucapnya sekali lagi. Dia menarik nafas perlahan, terus memusingkan badan, kini mereka saling berpandangan.

"Tiada apa yang perlu dimaafkan. Ia lumrah dalam kehidupan. Kita yang memilih jalan itu. Jika ia tidak berlaku sekarang, pasti suatu hari nanti ia akan berlaku.

"Pergilah, biar kita terus begini, bawa haluan masing-masing. Corak perjalanan kita tidak pernah sama sejak dari mula. Kita jauh berbeza. Ini adalah yang terbaik," usai kata-kata itu dia terus melangkah meninggalkan lelaki itu.

Eh, tetibe ada masuk lagu korea pulak..Macam kenal je ringtone ni. La, alarm clock rupanya. Bangun solat subuh, sudah bermimpinya....hahaha...Terus terbit helaan nafas dari ronggan hidungnya. Terasa seperti ada beban rasa yang memijak-mijak kantung hatinya. Tangan kanannya diletak ke dada, diurut perlahan sambil memejam mata.

"Pergilah sepi, pergilah duka. Jangan datang lagi,". Dia bingkas bangun. tuntutan yang satu itu perlu dilunaskan segera.

Habis....


No comments:

Post a Comment