Saturday, May 7, 2011

SelAmaT haRi IbU PuAn EmAk...



Salam....

EsOk 8 MeI..iaitu sambutan Hari Ibu Sedunia. kepada puan emak (Aziyah Mohd Tamin) selamat ari ibu yer..semoga emak terus dirahmati, diberi kesihatan dan semakin cantik..hehe...tq sebab selalu ada bersama kami dan menjadi kawan terbaik kami...cayaaaaaaaaaaaaang mak...

Ceritera seorang emak...

Dilahirkan pada 30 Ogos 1962...Diberi nama Aziyah. tapi biasela kan..orang dulu2..bila anak sakit jer..tuko nama laen..so jadik nama rokian atau singkatannya Ro...so kalo kat kampung tuh puan emak dikenali sebagai nama kak ro...bukan aziyah..

Dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana (mungkin susah jugaklah)..puan emak anak sulung daripada lima adik beradik dan puan emak adalah satu2 nya pompuan..haha...(sekali dpt anak empat2 srikandi daaaa...)....

Dikahwinkan pada usia 21 tahun pada 11 Dis 1983 dengan seorang jejaka mat terap (askar) yang bernama Hassan Ramli...lepas je kawen incIk abah bawak puan emak ke kelantan..tempat dia bekerja...

Hidup aman damai sehinggalah pada tahun 1990 apabila puan emak melahirkan anak ketiha dia iaitu srikandi Hazimah Hassan, emak lumpuh dari pinggan ke bawah..tidak mampu berjalan dan dia dimasukkan ke hospital besar ipoh selama sebulan..

Bermula di sinilah detik idup kami adik beradik berubah..kami di jaga oleh opah ngan atuk di kampung...di sini terlihatlah betapa kasihnya incik abah pade puan emak..sanggup berulang alik dari kelantan ke perak dengan menaiki motor vespa..betapa besarnya pengorbanan incik abah kepada seorang isteri.

Akhirnya puan emak dibenarkan keluar dri spital. incik abah bawak puan emak balik kelantan..lagipun that time aku dh nak masuk darjah 1..so nak tanak memang kene balik jugak...so incik abah usaha berubat cara kampung..berurut smpailah puan emak boleh jalan balik setahun kemudian..such a wonderful life..hehe

namun kegembiraan kami diragut kembali tatkala abah menghembuskan nafasnya pada 23 mei 2001..aku tahu bertapa idup puan emak menderita...menderita kerana rindukan incik abah..ini terbukti apabila aku menjumpai sehelai nota bertulis "tanggal 23 mei sejarah hitam buat hidup aku"...

Bermula detik itu..puan emak menyara kami adik beradik..dalam ketidakupayaan dia..dia gagah jua bekerja sebagai seorang tukang cuci di sekolah rendah. pergi pagi balik tengahhari..dengan gaji tidak sampai RM400 itu die menyara kami adik beradik. Mujurlah kebun getah arwah incik abah ada...dapatlah kami berbelanja lebih sedikit.

tahun pertama ketiadaan incik abah..puan emak menangis di malam raya...sedunya jelas kedengaran saat bersendirian di dapur untuk menyediakan makanan juadah hari raya..aku kala itu hanya mampu menahan dada supaya tiada setitis pun air mata tumpah saat berhadapan dengan puan emak. aku mahu pinjamkan sedikit kekuatan kepadanya.

Alhamdulillah..seiring masa yang bergerak...sudah hampir 10 tahun incik abah pergi..puan emak semakin kuat..semakin tabah mengharungi kisah hidupnya bersama kami..terima kasih Ya Allah atas kekuatan itu...

dan hari ini..puan emak sudah mampu tersenyum..biarpun bukan kemewahan yang diberikan kepada puan emak..sekurang-kurangnya kami berusaha menjadi yang terbaik untuk puan emak..kami mahu jadik anak yang berguna dan membahagiakan puan emak..Ya Allah..kabulkan doa kami..amin...

buat puan emak...selamat hari ibu...along sayang emak...sayang sangat..emak kekuatan kami...emak rumpun kasih sayang kami..

jika sinar dimatamu hilang..
izinku menjengah matahari bagi meminjam secebis cahayanya
biarpun panas membahang..ku ada salju kasihmu sebagai kalisnya..

jika tiada tawamu lagi..
izinkan aku menjadi badutnya..
biarku lorek sejuta warna diraut wajah ini..
agar terbit segaris senyuman yang sering kudambakan..

jika tiada kudratmu lagi..
izinkan aku menjadi pedatinya..
biarku arak kasihmu hingga hujung dunia
biar mereka tahu...dirimu jantung hatiku...

Salam sayang...

2 comments:

  1. huhuhu..sedeh..tapi bila lahir budak 1990 2 yg agak x besh la..mcm xaman da hidup..huhuh..T_T..sayalah orang nyew..wawawawa..puan mak n encik abah..sayang glew3!!!

    ReplyDelete
  2. haha..mane ade tak aman..itukan merencahkan lagi kehidupan..sekurang2nya kita ada sesuatu yang laen untuk diceritakan kepada orang laen..haha

    ReplyDelete