Wednesday, April 25, 2012

Selamat tinggal Abang Khairul...

Salam... Sekitar pukul 8 pagi tadik, aku terpana seketika saat menerima panggilan telefon daripada yong yati yang memberitahu arjuna kesayangannya itu telah kembali dijemput Illahi. Hati kala itu bagaikan berhenti berdenyut...nafas yang ditarik bagaikan tersekat di kerongkong...arjuna yong dah takde...

 Dia meminta aku untuk mengemas bajunya yang ditinggalkan di sepanjang dia tinggal sementara bersama ku untuk menjaga abang khairul di hospital. Saat terpandang wajahnya di bilik mayat HSA, aku diserbu rasa sebak..riak wajahnya penuh dengan duka...linangan air matanya tidak kering-kering..mengalir saban waktu biarpun disapu berkali-kali.

Dalam sebak itu die tetap beristifar panjang..mengucap kalimah Allah sambil memotivasikan diri supaya redha dengan ujian Allah.. Dalam pada itu juga...kenangan dia bersama abg khairul diungkap satu persatu...aku yang mendengarnya hanya mampu menahan sebak..agar tiada air mata yang tumpah kerana aku mahu dia kuat.

 Arjuna yang memilik cinta yong itu adalah lelaki yang dicintainya empat tahun lamanya..lelaki yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah marah..sentiasa membuatkan orang senang dengan perilakunya. Mereka sedang merancang untuk ke gerbang perkahwinan hujung tahun ini..persiapan perkahwinan juga sudah diatur satu persatu..malah cincin tunang juga sudah dibeli dan 'disorok' daripada pandangan mata yong...

Namun, pada 11 April lalu..arjuna yong ditimpa kecelakaan apabila motor yang ditungganginya itu terlibat dalam satu kemalangan kira-kira pukul 11 malam berhampiran Petronas Berserai, Batu Pahat. Seawal menerima pengkhabaran itu, yong sudah longlai..menangis..tidak mahu makan. Namun minggu kedua kunjungannya ke HSA..saban malam dia bercerita bahawa arjunanya sudah menunjukkan tindak balas positif. Ade garis senyuman di bibirnya.

Namun, Isnin lalu..masih dengan linangan air mata, dia menelefonku memberitahu dia kini berada di Tangkak dalam perjalanan ke HSA untuk menjenguk arjunanya. Perjalanan tiga jam itu dirasakan sungguh lama..masakan tidak, sms yg diterima dari kakak arjuna bahawa buah pinggang sudah rosak, jantung lemah benar-benar menyesakkan dadanya.

Dan semalam kemuncaknya apabila dia memberitahu arjuna hatinya kini kritikal..tekanan darahnya semakin menurun. kala itu aku hanya mampu mengucap sabar semoga dia terus tabah.

Pagi ini, Mohd Khairul Adha Taib kembali menemui Penciptanya pada pukul 7.50 pagi. Meninggalkan keluarga tersayang dan ratu hatinya. Semoga Abang khairul tenang di sana yer..Alfatihah...buat yong..Tidak Allah takdirkan sesuatu mlainkan dgn hikmah, tidak didtgkan kesakitan dn kesedihan mlainkan dgn pahala..semoge terus tabah..nangis la puas2 hari ini but please...janji dengan orang..jgn nangis lagi esok..lepaskan abg khairul pegi dengan tenang yer..

Dia arjuna yong dan akan sentiasa menjadi arjuna yong..yong kene kuat..bangun dan semangat yer..yong masih ada kami yang lain..

No comments:

Post a Comment