Wednesday, February 10, 2010

Biarkan 'dia' jatuh cinta....

Salam...

Entah kenape kalo minggu lepas down..minggu neh macam ada perang emosi je sedang berlaku. bukan perang nak jatuh chenta tapi perang dengan emosi orang lain..sakit hati??? ade skit kot..haha..

Guys,
just nak share...mac three of my friends akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama...berbelah bahagi nak pegi??? itu sudah semestinya...yg pasti untuk sahabat baik aku. si timah ngan juan, aku pasti akan pegi...insyaAllah..

untuk jiran sebelah, insyaAllah..kalau ade rezeki smpai..kalo tak nak buek camno eh..hehe...
entry neh bukan pasai sakit hati org nak kawen...biarpun saban hari diri ini 'dihimpit' dengan pelbagai soklan cepu mas...argh....nak buek camno...pintu jodoh itu masih belum terbuka untuk ku..

Guys,
entry neh tuk luahkan sedikit kekecilan hati yang berlaku..kebahagian yang bakal dikecapi oleh orang lain dilihat sbagai kesedihan buatku!!! itu yang dilihat oleh mata-mata diluar sana. Pada hakikatnya ia bukanlah yang sebenar-benarnya. Aku bahagia dengan kebahagian die...ramai yang datang memberi semangat tak kurang juga bertanya...aku okey atau tidak..sedey ke bile dapat tahu die bakal ke alam bahagia..mcam2 lagi..

Guys,
Walaupun setiap yang hadir itu hanya gurauan..namun bile ditanya saban hari..guarauan apakah itu. Bagi aku ia jelas menampakkan aku ini 'loser' yang tak bisa memenangi 'kebahagian' itu. terus terang aku nyatakan di sini..dia bukan kebahagian yang aku cari...cinta yang aku cari bukan ada padanya...dia bukan 'sesuatu' yang aku perlukan saat ini.

Guys,
Dia hanya TEMAN...diulang sekali lagi..TEMAN...tidak lebey mahupun kurang..sesungguhnya aku sangat2 gembira dengan kebahagian yang dia pilih. Tidak terdetik walau sedikit pun sedey dalam hati ini atas kegembiraan dia...malah aku bangga kerana dia bakal bertemu kebahagian yang dia cari dan harap ia berpanjangan...

Guys,
doakan ketabahan aku untuk terus berdepan dengan segala macam cubaan dunia ini yer..doakan pintu jodoh untuk aku dan juga rakan-rakanku terbuka jua suatu hari nanti..doakan semoga kami bertemu pemilik rusuk kiri yang ada pada kami ini. Semoga dia adalah jodoh yang terbaik buat kami..semoga dengan berjodoh dengan dia, aku semakin dengan denganMU...

Salam sayang
katak hijau...

No comments:

Post a Comment