Thursday, June 17, 2010

sorRy UdA.....



Salam...

Sambil tangan menari menekan papan kekunci..hati menjerit...
terus menjerit memaki hamun diri sendiri...

Maafkan aku uda,
Kau pasti tidak akan pernah bersetuju dengan apa yang aku lakukan..
Kau pasti terus-terusan menyalahkan aku kerana perkara itu...
Kau pasti membenci lantas membuang aku dari hidupmu..

Maafkan aku uda,
Aku punya sebab untuk berbuat demikian..
Aku punya cerita disebalik rasa yang menghimpit..
Aku punya kisah yang tak mampu untuk aku tebarkan di sini..

Maafkan aku uda,
Kisah kita bukan di landasan sebenarnya..
Kisah kita hanya sekadar drama sebabak yang tiada pengarahnya..
Kisah kita tidak wajar terbit mengikat rasa menjerut derita..

Aku yang memilih jalan ini..
Aku yang sepatutnya sedar hakikat kita..
Aku yang terlalu mendongak langit sedangkan tanah yang aku pijak tidak serata pantai yang kita jejak..
Aku yang terlalu cepat mendabik dada menjunjung ego yang tidak pernah surut..

Inilah saatnya aku harus melepaskan dirimu..
Inilah saatnya engkau pergi memilih dia yang lebih berhak..
Inilah saatnya kau setia pada yang satu..

Oh...Tuhan tolong..buang rasa cintaku..
Jika tak Kau izinkan aku bersamanya....

~^__^~

No comments:

Post a Comment